Formula 1 musim 2020 bakal menampilkan beberapa perubahan kepada peraturan. Perubahannya tak sebesar seperti yang sedang dibincangkan oleh FIA dan pasukan yang bertanding. Tetapi peminat sukan permotoran Formula 1 wajib tahu.

Ini peraturan baru Formula 1 2020:

1. Chequered flag akan kembali

Embed from Getty Images

Pada musim 2019, penggunaan chequered flag sebagai tanda rasmi perlumbaan tamat digantikan dengan chequered light panel. Tapi chequered flag masih lagi kita boleh nampak pada tahun lepas bila Jean Alesi mengibarkannya semasa meraikan kejayaan Charles Leclerc di Monza.

Kalau anda ingat masa GP Suzuka Jepun tahun lepas, chequered light panel tiba-tiba menyala sedangkan perlumbaan masih lagi berbaki satu pusingan. Benda ini membuatkan keputusan rasmi terpaksa dikira kurang satu pusingan.

Inilah yang mendorong FIA untuk mengembalikan penggunaan chequered flag untuk menandakan tamatnya perlumbaan.

2. Ujian dikurangkan

Untuk musim Formula 1 2020, ujian pra-musim akan dikurangkan dari 8 hari kepada 6 hari. Ujian 3 hari akan dibuat 2 kali di Litar Catalunya pada 19-21 Februari dan 26-28 Februari.

Ujian pertengahan musim tidak akan dibuat lagi dah. Tapi itu dijangkan takkan beri masalah kepada pasukan memandangkan kereta mereka – yang dievolusi dari mesin 2019 – akan siap dikonfigurasi pada pertengahan musim.

Bagi pelumba muda pula, ada berita gembira untuk mereka. FIA menetapkan pasukan wajib pakai salah seorang daripada mereka (pelumba yang ada kurang 2 permulaan GP) dalam ujian selepas musim di Abu Dhabi sekurang-kurangnya sehari.

3. Curfew lagi lama

Ini berita baik untuk mekanik pasukan yang selalunya kena kerah kerja sampai lewat malam pada hari Khamis dan Jumaat minggu perlumbaan.

Pada musim Formula 1 2020, mekanik pasukan dilarang buat kerja dan berada di litar selama 9 jam. Sebelum ini tempoh curfew adalah 8 jam. Jadi ada tambahan 1 jam. Dalam satu musim, pasukan hanya boleh ‘langgar’ curfew ini sebanyak 2 kali sahaja tanpa menerima penalti.

4. Kena pasang shark fins

Embed from Getty Images

Memandangkan design kereta akan berubah pada musim 2021 nanti, pasukan wajib pasang plat kecil di penutup enjin kereta mereka yang kelihatan seperti ‘sirip yu’ atau ‘shark fins’. Benda ini sama seperti yang McLaren buat pada awal musim 2019 di MCL34 mereka.

Shark fins ini dipasang supaya nombor pelumba mudah nampak. Ini memudahkan orang membezakan dua mesin berbeza dalam satu pasukan. Benda ini juga mempunyai impak kecil sahaja kepada aerodinamik kereta. Kalau ada pun, mungkin ada sikit masa kereta tengah membelok.

5. Penalti weighbridge dan jump start dilonggarkan

Pada GP Baku Azerbaijan tahun lepas, Pierre Gasly terlepas pandang lampu isyarat yang suruh dia timbang kereta di weighbridge semasa Free Practice 2. Kesilapan Gasly ini membuatkan stewards tiada pilihan lain selain mendenda beliau bermula dari pit-lane.

Peraturan ini akan dilonggarkan pada 2020. Stewards diberikan kuasa untuk memberi hukuman lebih ringan jika perlu.

Embed from Getty Images

Denda buat jump starts juga berubah. Sebelum ini, pelumba yang berlepas dari grid sebelum 5 lampu merah dipadam akan didenda drive-through (kena bagi kereta belakang semua lepas dulu) atau penalti stop-go selama 10 saat. Bermula 2020, stewards ada kuasa untuk bagi hukuman lebih ringan: 5 saat atau 10 saat penalti.

6. Skrin tak boleh pakai masa ujian

Embed from Getty Images

Sebelum ini banyak pasukan suka sorok mesin baru mereka daripada pandangan orang awam pakai skrin semasa ujian. Bermula 2020, skrin akan diharamkan apabila trek mula bersiaran langsung (dari jam 9 pagi hingga 6 petang). Ini adalah untuk memberi peluang penonton tengok mesin baru pasukan.

Bagaimanapun FIA masih beri kebenaran kepada pasukan untuk guna skrin bila lantai kereta tak habis pasang, atau bila kereta sedang dibaiki selepas berhenti di atas litar.

7. Besi sayap depan perlu diganti dengan carbon fibre

Embed from Getty Images

Sebelum ini selalu sangat tayar belakang kereta bocor angkara besi dari front wing. Jadi untuk mengubah kekerapan ini, FIA menetapkan bahagian 50mm pertama di sayap depan mesti diperbuat daripada carbon fibre.

Sebarang besi yang digunakan di sayap depan – terutamanya di bahagian yang buat sayap depan melekat di badan kereta – hanya boleh digunakan di bahagian 30mm belakang endplate.

8. Brake ducts kena buat sendiri

Embed from Getty Images

Saluran udara yang digunakan untuk menyejukkan brek (brake ducts) kini dikategorikan sebagai ‘Listed Parts’. Ini bermakna pasukan kena reka sendiri brake ducts mereka – bukannya beli dari pasukan atau syarikat lain macam sebelum ini. Listed Parts lain adalah seperti badan kereta, kerusi pelumba, struktur impak depan dan kokpit pelumba.

9. Kawalan clutch diberi kepada pemandu

Embed from Getty Images

Sebelum ini clutch control di-set oleh software di paddle pemandu. Bermula 2020, 90% torque enjin akan dikawal secara terus oleh pemandu dengan menggunakan clutch paddle – bukannya software.

10. MGU-K tambahan

Pelumba kini boleh guna tiga Motor Generator Unit – Kinetic (MGU-K) berbanding dua sebelum ini. Ini bermakna pada musim 2020 nanti, penalti akan berkurang. Ini kerana pada musim 2019 lepas, 9 daripada 20 pelumba diberikan penalti kerana menggunakan lebih daripada dua unit MGU-K.

11. Minyak luar tangki kena dikurangkan

Bermula musim 2020 sebuah kereta hanya boleh bawa 250ml minyak sahaja di luar tangki survival cell. Pada musim 2019, hadnya adalah 2 liter. FIA berkata jumlah baru ini sepatutunya cukup untuk menghidupkan enjin dengan normal dan mengelak pasukan daripada cuba dapatkan faedah simpan minyak banyak-banyak di luar tangki.

Ringkasan peraturan baru Formula 1 2020