Clubhouse ialah sebuah platform media sosial yang dilancarkan sewaktu pandemik Covid-19 melanda dunia. Aplikasi ini lebih memfokuskan kepada penggunaan panggilan digital, dengan pendengar yang terlibat di dalam satu-satu perbincangan boleh mencecah sehingga 5,000 orang.

Setakat bulan lalu, Statista melaporkan sebanyak 10 juta pengguna telahpun memuat turun aplikasi ini. Kelewatan aplikasi ini untuk membolehkan pengguna Android  turut sama menggunakannya dilihat menjadi punca kepada kejatuhan populariti Clubhouse.

Pada pertengahan Jun kelak, Facebook dijangka akan melancarkan Live Audio Rooms, iaitu pesaing rapat kepada Clubhouse. Live Audio Rooms akan melalui pra pelancarannya untuk digunakan oleh tokoh terkemuka sebagai percubaan, sebelum mula dilancarkan kepada pengguna.

Live Audio Rooms akan hadir bersama-sama dengan Soundbites, iaitu satu ciri unik yang membolehkan perbincangan pendek dirakam dan disebarluas. Ia akan menyerupai ciri seperti TikTok tanpa video. Soundbites akan kekal di garis masa Facebook anda. Dengan 170 juta pengguna Facebook yang mengikuti page berkaitan podcast, Live Audio Rooms dan Soundbites dijangka akan menerima sambutan hangat.

Reddit pula baru sahaja melancarkan Reddit Talk, iaitu perkongsian audio kepada subreddit. Berdasarkan laporan pengguna, Reddit Talk dilihat cuba untuk meniru rupa Clubhouse. Reddit Talk setakat ini baru diperingkat pra-pelancaran dengan hos yang masih dikawal selia oleh Reddit.

Sumber: