Dua Ahli Parlimen yang dilantik memegang jawatan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hari ini menyangkal dakwaan menerima gaji dan elaun tinggi bagi menggalas tanggungjawab itu. 

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang dilantik Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd menganggap tohmahan itu berat dan jahat. 

“.. gaji pengerusi GLC RM40,000 hingga RM50,000 sebulan, sehingga kerajaan terpaksa menanggung RM20 ke RM30 juta sebulan atau setahun. Ini satu fitnah dan tohmahan yang berat dan jahat.  

“Saya Pengerusi Prasarana… saya punya gaji? Saya bagitahu sekarang. Duduk, tak de (tak ada) hal. Kita amat telus. (Gaji saya) RM8,000 sahaja,” katanya sebelum memulakan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau membidas dakwaan Akmal Nasir (PH-Johor Bahru) dalam perbahasan pada sesi pagi bahawa kira-kira 50 lantikan politik dalam GLC menerima purata gaji RM50,000 tidak termasuk elaun dan kerajaan perlu menyediakan sebanyak RM25 juta setahun untuk pembayaran gaji itu. 

Dalam pada itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap), yang juga Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), ketika berbahas pada sesi petang turut menafikan dakwaan Akmal. 

“Saya tak dak (tiada) dalam sini (dewan) pagi tadi, tapi saya nak kata, elaun pengerusi TNB RM1 juta… saya menafikanlah elaun RM1 juta. Kalau (elaun) RM1 juta, tak payah (perlu) kerja lain dah la,” katanya tanpa mendedahkan gaji sebenar beliau sebagai Pengerusi TNB. 

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber: