Top Gear merupakan rangkaian majalah dan program televisyen yang bermula sejak tahun 1977. Ia kemudiannya dilancarkan semula dengan nama yang sama pada tahun 2022 dan kekal sehingga hari ini.

Rancangan ini banyak membincangkan tentang fakta mengenai kenderaan, terutamanya kereta. Selain itu juga, ia juga mengandungi unsur-unsur hiburan seperti perlumbaan antara jenama kereta, perlumbaan oleh artis jemputan serta perlumbaan istimewa.

Sebelum ini, Top Gear disiarkan di BBC Two, sebelum dipindahkan ke BBC One bagi siri ke-29 pada tahun 2020. Sehingga hari ini, Top Gear merekodkan 31 siri dengan 230 episod dan dianggap sebagai siri televisyen British yang sangat ikonik. Ia juga sangat diminati di luar United Kingdom seperti di Amerika Syarikat, Australia, Asia Tenggara dan juga China.

Penonton biasanya akan tertarik dengan fakta yang disajikan, disamping kepakaran penyampai yang arif dengan dunia permotoran. Peningkatan harga petroleum di seluruh dunia menyebabkan pemandu sangat mementingkan kepada penjimatan penggunaan petrol. Ini cadangan bernas daripada Top Gear bagi membantu anda menjimatkan petrol semasa memandu kereta.

Berfikir seperti pemandu kereta lumba

Kredit gambar: AutomoBlog

Nampak lawak, tetapi Top Gear mengulangi cadangan ini sebanyak dua kali. Pada pandangan mereka, pemandu mestilah merancang kehadapan sebelum memulakan perjalanan. Periksa jenis jalan yang bakal dilalui, dengan keadaan trafik dan muka bumi yang bakal ditempuhi.

Perancangan awal bak pemandu kereta lumba ini boleh menjimatkan penggunaan petrol. Kurangkan penggunaan brek ketika mengambil selekoh kurang tajam. Setiap kali kita menekan brek, penggunaan petrol akan kembali meningkat bagi mencapai kelajuan sebelum brek. 

Perancangan ini juga membolehkan pemandu memilih kereta yang bersesuaian dengan perjalanan. Menurut Top Gear, kereta yang lebih ringan dan rendah adalah lebih sesuai bagi perjalanan yang mempunyai banyak selekoh.

Maka, mengurangkan penggunaan brek boleh membantu menjimatkan petrol.

Jangan biarkan enjin dalam keadaan idle

Kredit gambar: Mechanic Base

Tanpa keperluan, enjin kereta anda tidak perlu dibiarkan terlalu lama dalam keadaan idle. Ini kerana, ia akan membakar lebih petrol yang tidak diperlukan.

Sebagai contoh, kereta lama kebanyakannya dikuasakan oleh karburator. Kereta Jepun dengan enjin empat cylinder memiliki empat karburator yang memerlukannya untuk benar-benar ‘panas’. Maka, pada ketika itu terma panaskan enjin adalah releven.

Ia tidak lagi releven pada hari ini dengan teknologi enjin yang makin canggih. Mengikut kiraan, selama satu jam enjin dibiarkan hidup tanpa bergerak sebenarnya sama dengan pergerakan pada kadar
40.23km/jam hingga 96.56km/jam.

Maka, ia merupakan satu pembaziran petrol yang tidak perlu.

Tidak memandu kereta

Kredit gambar: WEF

Ini satu lagi cadangan yang tidak membantu sekiranya dipandang sekilas. Namun begitu, pemanduan jarak dekat sebenarnya membakar petrol yang lebih, sekiranya tidak dirancang dengan betul. 

Lebih-lebih lagi apabila terpaksa menempuhi kesesakan lalu lintas. Top Gear mencadangkan alternatif lain untuk perjalanan jarak dekat seperti menggunakan sepenuhnya pengangkutan awam. Selain itu juga, penggunaan motorsikal turut dicadangkan.

Apa yang penting, setiap perjalanan memerlukan rancangan kehadapan bagi mengelakkan pembaziran petrol.