Jika anda mempunyai saman trafik tertunggak daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), anda sudah boleh mula berkira-kira untuk membayarnya. Ini kerana bermula pada 18 Mei 2020 ini, PDRM akan menawarkan diskaun sehingga 50%.

Diskaun saman trafik ini bagaimanapun hanya akan diberikan dalam tempoh empat hari, dari 18 Mei hingga 21 Mei 2020. Dan ia hanya diberikan jika anda membayarnya dalam talian (online) di dua laman sesawang berikut:

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata diskaun ini diberikan untuk meringankan beban pemilik kenderaan pada waktu sukar.

“Kami faham ramai orang yang berdepan kesukaran kewangan ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini ditambah pula dengan Hari Raya Aidilfitri yang semakin dekat.”

Selain itu DCP Azisman turut berkata kaunter servis trafik di ibu pejabat polis daerah (IPD) seluruh negara turut akan mula dibuka secara berperingkat bermula 18 Mei.

Ini adalah untuk memudahkan urusan orang ramai untuk membayar saman dan menguruskan dokumentasi insurans untuk kemalangan.

Semua kaunter dijangka akan mula dibuka bermula jam 9 pagi hingga 2 petang pada hari Isnin dan Rabu di Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Pada hari Jumaat, kaunter akan dibukan bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja.

Sementara itu di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, kaunter servis trafik akan dibuka pada setiap hari Isnin, Rabu dan Ahad bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

DCP Azisman turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi tatacara pengandalian piawai (SOP) di kaunter yang ditetapkan oleh kerajaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berkuatkuasa.

Baca juga artikel kami yang berkaitan:

Sumber: