Amerika Syarikat kini sudah mewartakan bahawa mereka tidak akan memberikan visa lagi kepada warganengara lain yang mahu masuk ke negara mereka semata-mata untuk melahirkan anak.

AS menggelar ianya sebagai “birth tourism” ataupun pelancongan bersalin. Oleh itu tiada lagi visa sementara bermula daripada Jumaat minggu lalu.

White House sudah memberitahu bahawa langkah itu diambil untuk memastikan hanya orang Amerika sahaja yang lahir di Amerika. Dan ia dianggap penting untuk menjaga intergriti.

Sejak beberapa tahun ini, sudah banyak terjadi, di mana orang luar datang ke Amerika Syarikat, semata-mata nak memberikan lebih opsyen kepada anak mereka agar boleh mendapat kewarganegaraan Amerika Syarikat, kerana lahir di AS.

AS ada satu dasar di mana, orang yang lahir di AS akan berhak untuk menjadi warganegara mereka secara automatik.

White House menganggap dasar lama sebelum ini sebagai satu kelompongan dalam dasar imigresen mereka. Selain daripaa mengawal populasi imgiran, AS juga mahu mengurangkan kadar jenayah.

Ada yang mengambil kesempatan di atas semua ini.

Malah AS juga mendapati ada beberapa hospital kekurangan tenaga kerja dan peralatan kerana digunakan untuk orang luar, sedangkan keutamaan sepatutnya untuk orang AS.

Namun dasar AS ini turut mendapat bantahan daripada ramai pihak. Ini kerana tak semua yang berniat nak melahirkan anak di AS kerana mahukan warganegara.

Apa salahnya mereka menggunakan kemudahan yang canggih di sana, yang mungkin tiada di negara lain.