Gara-gara rempuhan kuat sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux di sebuah sekatan jalan raya di Kajang awal pagi tadi telah menyebabkan seorang anggota polis yang sedang bertugas meninggal dunia.

Mangsa maut dalam nahas jalan raya ketika bertugas di sekatan jalan raya Plaza Tol Kajang Selatan Lebuh Raya LEKAS.

Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, Ketua Polis Daerah Kajang berkata mangsa dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu berbangsa India yang berada di bawah pengaruh alkohol kira-kira jam 2 pagi tadi.

Seorang anggota polis maut dalam nahas ketika bertugas di sekatan jalan raya Plaza Tol Kajang Selatan Lebuh Raya LEKAS, awal pagi Ahad. -PDRM

“Kejadian berlaku apabila pemandu kereta Toyota Hilux yang datang dari arah Kajang menuju ke Plaza Tol Kajang Selatan gagal mengawal kenderaan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Pemandu tersebut telah melanggar seorang anggota polis sedang bertugas serta kenderaan polis yang diletakkan di tepi jalan.

“Kenderaan tersebut telah menghempap mangsa sehinggakan menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan badan, sekali gus meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Astro Awani.

Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata laporan polis telah dibuat oleh penyelia sekatan jalan raya namun pemandu Hilux masih belum melakukan tindakan yang sama.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga artikel lain yang mungkin menarik buat anda:

https://klhive.com/10-filem-yang-lebih-best-dari-versi-buku/
Sumber: