Ketika orang lain duduk di rumah berikutan penularan pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat, sebuah kedai gunting rambut di daerah Missisipi masih meneruskan operasi seperti biasa.
Eugene Thompson, pemilik kedai gunting rambut menggunting rambut para pelanggan dan memuat naik video di laman sosial yang menarik perhatian orang ramai.
Sungguhpun begitu Thompson hanya membenarkan orang yang mahu memotong rambut sahaja datang ke kedai untuk mengelakkan terlampau ramai orang berada berdekatan dalam satu-satu masa.
Thompson bagaimanapun mula rasa tidak sedap badan pada 17 Mac lepas seperti yang dimaklumkan dalam status facebook miliknya, dia menasihatkan orang ramai supaya duduk di rumah dan menjaga kesihatan. Dia juga menyatakan khidmat gunting rambut di kedainya tidak dapat diteruskan atas faktor kesihatan.
Thompson disahkan positif COVID-19 pada 22 Mac lalu, dan dua hari kemudian keadaannya bertambah teruk dan dipantau rapi oleh petugas kesihatan di hospital.
Ahli keluarga Eugene Thompson memaklumkan dia disahkan meninggal dunia akibat wabak COVID-19 yang menjangkitinya pada 4 April 2020.
“Memori terakhir kami bersamanya apabila dia menaiki ambulans. Kami tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya, dia cuma bersendirian sehingga ke akhir hayatnya.”
“Sebelum anda berfikir untuk keluar dari rumah, atau ke rumah rakan-rakan anda, sila ingat apabila anda melangkah keluar dari pintu anda boleh menyebabkan kematian diri sendiri, anak-anak dan juga ibu bapa,” kata Debra, kakak kepada Eugene Thompson.
Baca lagi artikel lain yang berkaitan Korona virus: