Sebilangan budak sekolah dilihat melahirkan protes terhadap arahan pembukaan semula sekolah bermula 15 Julai oleh kerajaan sehinggakan ada yang mengharapkan agar wabak COVID-19 kembali lagi.

Protes dari budak sekolah tak matang ini dikongsikan oleh netizen di media sosial semalam berikutan pengumuman Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin semalam.

Semalam Kementeria Pendidikan mengarahkan pembukaan semula semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan berdaftar dengan KPM secara berperingkat bermula 15 Julai.

Dr Radzi berkata pembukaan sekolah boleh dibuat oleh pentadbir sekolah mengikut tiga model berbeza mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.

Bagaimanapun berita pembukaan sekolah ini nyata tidak popular bagi sebilangan budak sekolah sehinggakan mereka mahukan wabak COVID-19 kembali menyerang supaya sekolah kekal ditutup.

Malah ada juga budak sekolah yang ‘cuba buat lawak’ dengan menghantar mesej kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya sekolah kekal ditutup.

Rata-rata netizen menempelak sikap sebilangan kecil pelajar sekolah ini yang dilihat bersikap kurang ajar dan hanya memikirkan keseronokan jangka masa pendek apabila sekolah ditutup.

https://twitter.com/hsyanrl/status/1278494944366215168
https://twitter.com/thednaa/status/1278345464350273537?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1278345464350273537%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Fviral-screenshot-budak-pm-tepi-perdana-menteri-minta-tunda-sekolah
https://twitter.com/hmztlwf_/status/1278349035611410433?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1278349035611410433%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Fviral-screenshot-budak-pm-tepi-perdana-menteri-minta-tunda-sekolah
https://twitter.com/TIIIIIIIIMOTHY/status/1278323814720368642?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1278323814720368642%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Fviral-screenshot-budak-pm-tepi-perdana-menteri-minta-tunda-sekolah

Baca juga artikel lain yang berkaitan: