Rata-rata netizen terkejut Erra Fazira sudah bernikah. Perkhabaran ini ditulis oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Mohamad Zulkifli Al-Bakri di Twitter.
Beliau telah mengucapkan tahniah kepada pengantin, Erra Fazira dan suami serta mendoakan ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dan dikurniakan zuriat.
Sama seperti reaksi netizen, beliau menyatakan turut terkejut apabila mendengar nama pengantin yang bernikah di pejabat JAWI itu ialah Erra Fazira kerana menyangkakan pengantin adalah pelakon filem Sembilu itu.
Majlis tersebut selesai kurang dari 20 minit dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak JAWI ini sebenarnya melibatkan pengantin yang bernama Erra Fazira, bukan selebriti yang semua netizen sangkakan.
Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi. Ia berlangsung di pejabat JAWI dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak JAWI.
Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. pic.twitter.com/pOzZmSUBEV
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) November 5, 2020
Netizen turut rasa geli hati apabila membaca tulisan beliau, “Ingatkan pelakon filem Sembilu tu.” Ada antara netizen membalas:
https://twitter.com/iMireiMay/status/1324188186772410368?s=19
https://twitter.com/depressedstud/status/1324182471320064002?s=19
Debar bila baca… hehhehe
— Aqiss Ahmad (@ahmad_aqiss) November 5, 2020
ππππsuspen betul baca tadi..
— MR.E_84β’ β (@MR_E84_) November 5, 2020