Peraturan baru untuk mengambil lesen memandu telah diperkenalkan oleh JPJ baru-baru ini.

Setiap institut belajar memandu wajib meletakkan harga untuk setiap kelas lesen memandu yang diambil oleh para pelajar mereka.

Ujian tanpa pengajar pula akan mula diperkenalkan dan mungkin akan dilaksanakan sebelum hujung tahun 2020.

Selain daripada itu, setiap kenderaan ujian wajib ada kamera di dashboard untuk mengelakkan para penguji sengaja gagalkan pelajar ketika ujian.

Bagi ujian komputer pula, para pengambil ujian akan dipantau dari bilik kawalan sahaja.

Senarai harga lesen memandu pada tahun 2020

Ada 3 kategori lesen memandu dengan harga baru:

1 – Motorsikal (B2) – RM350
2 – Kereta Manual (D) – RM1,150
3 – Kereta Automatik (DA) – RM1,250

Maklumat lebih tepat, anda boleh terus ke laman JPJ. [KLIK]

Syarat dan cara ambil lesen memandu pada tahun 2020.

Adik-adik lepasan PT3 yang genap umur 16 tahun sudah layak untuk mengambil lesen memandu motorsikal B2 dan superbike B Full 500cc ke atas.

Lesen memandu kereta hanya boleh diambil bila anda genap berumur 17 tahun.

Sekiranya berminat untuk mengambil lesen E (bas / lori) sila tunggu umur anda genap 21 tahun dahulu.

Di bawah adalah langkah-langkah untuk mengambil lesen memandu kali pertama:

1 – Pendaftaran – Hubungi pusat memandu yang anda ingin daftar. Mereka akan membantu anda bagaimana untuk lakukan proses selanjutnya. Pembayaran pertama adalah wajib untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).

2 – Kursus KPP – Kursus KPP akan diadakan selama 6 jam untuk Kursus Bahasa Malaysia pada hari Sabtu dan Ahad manakala untuk Kursus Bahasa Inggeris pula pada hari Ahad sahaja. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.

3 – Ujian Komputer – Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50. Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi akan diberi percubaan seterusnya. Percubaan percuma bergantung kepada institut memandu yang anda ambil.

4 – Lesen L – Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu.

5 – KPP 02 – Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.

6 – KPP 03 – Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02.

7 – Ujian QTI – Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal. 

8 – Ujian Praktikal JPJ – Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon perlu mengambil semula ujian sehingga lulus.

?