Dr Afiq yang bertugas di wad sementara yang terletak di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) Sungai Buloh menerusi hantaran di laman Facebook, menyatakan kerinduan kepada pesakit Covid-19 daripada kluster Tabligh yang menurutnya sangat mesra dan dan menunjukkan akhlak yang baik.
Beliau turut berkata beliau dapat mendengar azan berkumandang bila sampai waktu dan alunan al-Quran hampir setiap masa di situ.
“Seronok rasa merawat mereka ini walaupun berpeluh-peluh dengan memakai PPE.
“Rasa seperti melawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan petugas kesihatan,” tulisnya di Facebook lewat malam tadi.
“Hampir keseluruhan kluster Tabligh ini merendah diri dan tidak pernah merungut,” katanya.
Kluster Baru Di Import Dari Luar Negara
Dr Afiq meminta pesakit daripada kluster lain menunjukkan sikap yang sama.
“Mereka ini menganggap dirinya menjadi mangsa wabak Covid-19 ketika melancong.
“Tetapi ketika di luar negara tanpa segan silu memaparkan gambar dan memerli virus ini tiada di tempat sejuk,” katanya.
Dr Afiq juga menegur sikap segelintir pesakit yang tidak memberikan kerjasama dengan enggan dihantar ke wad tertentu atas alasan seperti panas dan tidak selesa.
“Bukan semua yang macam itu terutama yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar.
“Tetapi setakat ini yang dijangkiti sebab pergi melancong memang sangat menjengkelkan,” tulisnya.
Netizen Beri Kata Semangat
Ketika berdepan dengan cabaran wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini, para barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan terpaksa berkorban segala-galanya demi berkhidmat buat rakyat Malaysia.
Sebagai manusia biasa, mereka juga pastikan merasa penat dan adakalanya kurang motivasi lebih-lebih lagi apabila terdapat segelintir pesakit yang tidak memberikan kerjasama penuh terhadap tugasan mereka.
Hantaran Facebook Dr Afiq yang mencuri tumpuan ramai itu menerima banyak respon dari netizen dan rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada beliau dan ‘frontliners’ yang lain agar tidak mudah mengalah dan terus bersabar ketika bertugas dalam detik yang mencabar ini.
Kita sebagai orang awam perlu memainkan peranan dalam membantu pihak kerajaan terutamanya petugas kesihatan dan anggota keselamatan dalam membendung penularan COVID-19 dengan mematuhi PKP yang sedang dilaksanakan ketika ini.
Duduk di rumah, dan ingat #KitaJagaKita !
Baca juga artikel kami yang lain berkaitan COVID-19 di Malaysia: