Imam Masjid Abbad Mekah, Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani, memberi ucapan dalam bahasa Melayu dan mendoakan seluruh rakyat Malaysia dilindungi daripada wabak COVID-19.

Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan itu, Imam Sharif juga memberitahu beliau bertugas di sebuah masjid di Malaysia setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Dalam bahasa Melayu, Imam Mekah ini juga memberitahu mahu menunaikan permintaan beberapa sahabat Malaysia beliau yang memohon agar menitipkan doa buat kesejahteraan rakyat di sini susulan penularan wabak pandemik tersebut.

“Kawan saya dari Malaysia, dari JPJ Muar, minta imam doa untuk JPJ, doa untuk seluruh Malaysia agar Allah selamatkan kita dari bala wabak korona [Covid-19]. Imam sekarang doa, tolong siapa-siapa dengar, share video ini dan cakap amin,” ujarnya.

https://www.youtube.com/watch?v=S7dS6SAxUms

Pada penghujung video itu, imam Sharif turut kongsi beberapa amalan dan zikir harian serta surah Al-Quran untuk diamalkan supaya kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

“Pertama jangan lupa baca pada waktu pagi sebanyak tiga kali dan pada waktu malam sebanyak tiga kali: Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiunfillardi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim.

“Kemudian baca juga pada waktu pagi sebanyak tiga kali dan pada waktu malam sebanyak tiga kali: A’uzubikalimaati allahi attamaati min sharri maa khalaq.

“Dan baca satu kali pada waktu pagi dan satu kali pada waktu petang: Allahumma inni a’uzubika min albarasi wal junuuni wal junaami wa min sayyil askaq.

“Buat amalan ini bersama dengan ayat Kursi, Taubah, istighfar dan sembahyang lima waktu. Insyaallah, Allah SWT akan selamatkan kita.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai wabak COVID-19 di Malaysia: