Facebook mengumumkan bahawa mereka sedang memantau para peggunanya yang menyebarkan teori konspirasi tentang koronavirus.

Ianya beberapa hari selepas Facebook memberikan amaran keras supaya para penggunanya tidak menyebarkan berita palsu tentang wabak tersebut.

Kini Facebook dengan dibantu oleh AI akan mengesan mana-mana post yang cuba berteori konspirasi berkenaan dengan koronavirus. Malah sudah banyak hantaran tentang teori konspirasi koronavirus telah dipadamkan oleh Facebook.

Facebook dalam satu kenyataan mereka berkata: “Kami akan mula memadamkan kandungan berita palsu tak berasas atau teori konspirasi yang telah ditanda (flagged) oleh organisasi kesihatan global dan pihak berkuasa kesihatan tempatan yang boleh membawa kemudaratan kepada orang yang mempercayainya.”

“Kami mengambil langkah ini sebagai meneruskan dasar sedia ada kami untuk menghapuskan kandungan yang boleh menyebabkan kemudaratan fizikal.”

Syarikat itu juga akan melakukan ‘sweep’ yang proaktif untuk mencari dan mengeluarkan sebanyak mungkin kandungan tidak berasa seperti ini, sebagaimana yang dilakukan di Instagram, di mana Facebook akan menyekat tanda pagar yang berkaitan dengan berita palsu.

Facebook tidak menyatakan berapa banyak jumlah kandungan yang telah mereka padam berdasarkan polisi syarikat mereka, terutama sekali termasuk yang melibatkan teori konspirasi tentang koronavirus yang semakin berleluasa.

Facebook menambah: “Kami juga memberi tumpuan kepada hantaran yang dibuat oleh pihak yang cuba menakutkan orang daripada menerima rawatan ataupun mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatuny,” kata Facebook.

“Ini termasuk hantaran yang berkaitan dengan vaksin palsu atau kaedah pencegahan palsu – seperti meminum peluntur menyembuhkan koronavirus – atau beberapa hantara yang menimbulkan kekeliruan mengenai sumber-sumber kesihatan yang berkaitan.”

Ia adalah satu langkah yang sangat penting untuk Facebook, yang sebelum ini seringkali menolak untuk menghapuskan hantaran tentang teori konspirasi, walaupun mereka sebelum ini mendapat banyak kecaman daripada ramai pihak.

Kali ini, kerana koronavirus, Facebook kelihatan menukar dasarnya dan lebih agresif dalam menangani teori konspirasi anti-vaksin, yang juga menyebabkan kemudaratan fizikal.

Syarikat itu juga akan mengkaji untuk membuang hantaran di facebook melibatkan puak anti-vaksin, tetapi post seperti itu akan terus dibenarkan untuk kekal dalam perkongsian di dalam kumpulan tertutup.

https://twitter.com/TechX_PK/status/1224256409736531968

Kemaskini terbaru Twitter dan Google juga mengumumkan inisiatif untuk memerangi teori konspirasi dan maklumat tak tepat yang lain berkenaan koronavirus.

Malah google dan Twitter telah menurunkan indeks capaian cariannya untuk mengurangkan akses pengguna kepada informasi tak betul.