Kepentingan insurans perjalanan sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Pada tahun 2015, seorang pelancong Britain digigit ular ketika melancong di Amerika Syarikat. Selepas dikejarkan ke hospital dan mendapatkan rawatan, beliau terkejut apabila mendapati bil hospital beliau adalah seperti dalam gambar di bawah:
Jika kes ini berlaku kepada kita, bil sebanyak US$153,161.25 (RM643,828.63) pastinya akan membebankan kita. Tak semua orang mempunyai duit simpanan lebih RM10,000. Apatah lagi lebih RM600,000.
Ramai tak tahu kepentingan insurans perjalanan
Satu lagi nasib malang yang anda boleh hadapi jika anda berjalan keluar negara adalah kehilangan bagasi.
Industri penerbangan mendakwa kes bagasi yang hilang semakin berkurangan sejak teknologi penjejakan ditambah baik setiap tahun.
Tetapi laporan BBC mengatakan daripada 4.3 bilion bagasi yang masuk ke lapangan terbang, 25 juta bagasi tetap hilang setiap tahun!
Jika anda dilindungi insurans ini, kesan kehilangan bagasi ini mungkin boleh diringankan. Barang yang hilang boleh dibeli semula dengan duit pampasan insurans tersebut.
Tapi yang menakutkannya adalah berdasarkan laporan Association of British Travel Agents (ABTA), 40% pelancong berusia antara 18-24 dan 38% pelancong berusia 25-34 berjalan keluar negara tanpa insurans perjalanan pada tahun 2017. Angka ini meningkat dari 31% pada tahun 2016.
Ini bermakna walaupun bilangan pelancong muda semakin meningkat, kesedaran mereka tentang kepentingan insurans masih lagi rendah. Dan jika orang UK yang banyak duit pun masih tiada kesedaran, apatah lagi kita di Malaysia.
Oleh itu, kami di Rencah ingin memberi 10 sebab mengapa anda perlu membeli insurans perjalanan sebelum berjalan ke luar negara:
1. Dilindungi sebelum naik kapal terbang
Katakan kita ada hal kecemasan seperti kematian keluarga yang memaksa kita untuk membatalkan penerbangan, kita layak membuat tuntutan tiket penerbangan.
2. Dilindungi jika syarikat penerbangan merugikan kita
Banyak kesilapan yang boleh dilakukan oleh syarikat kapal terbang apabila kita keluar negara. Bagasi lewat sampai, jadual perjalanan ditangguhkan, laluan perjalanan diubah, penerbangan dibatalkan, tiket anda dibatalkan kerana masalah overbook – semuanya boleh merugikan masa dan wang kita.
3. Dilindungi jika bagasi hilang
Jangan kata sebab kita tak pernah hilang bagasi sepanjang keluar negara, kita terus kata bagasi kita tak akan hilang. Malang tak berbau. Apabila bagasi kita hilang, kita boleh membuat tuntutan kepada syarikat penerbangan – dan syarikat insurans.
4. Dilindungi jika berlaku kemalangan
Seperti yang kami katakan tadi; malang tak berbau. Andai kata kita terlibat dalam kemalangan ketika berada di luar negara, perlindungan insurans perjalanan melayakkan kita untuk mendapat tuntutan perbelanjaan perubatan, khairat kecacatan kekal, elaun duduk hospital dan manfaat penjagaan simpati untuk orang yang menjaga kita di hospital.
5. Dilindungi jika berlaku kematian
Kita doakan supaya perkara ini dijauhkan. Tetapi jika kita ditakdirkan meninggal dunia ketika berada di luar negara, perlindungan insurans perjalanan membolehkan waris kita menuntut khairat kematian, perbelanjaan perubatan, manfaat penjagaan simpati serta dana pendidikan dan penjagaan anak-anak kita.
6. Dilindungi jika kehilangan harta benda
Kadang-kadang apabila kita pergi ke negara yang kadar jenayahnya tinggi, kita tak terlepas risiko dirompak, disamun dan dicuri. Dengan perlindungan insurans perjalanan, wang, dokumen peribadi serta harta-benda (seperti kamera, laptop dsb) kita yang dicuri boleh diganti semula dengan wang tuntutan insurans perjalanan.
7. Dilindungi jika terkena wabak penyakit Coronavirus
Biasanya insurans perjalanan tak melindungi risiko jika anda terkena penyakit berjangkit ketika berjalan keluar negara. Ini mesti merisaukan anda terutamanya ketika wabak COVID-19 sedang menular di seluruh dunia sekarang.
Tetapi ada satu insurans di Malaysia yang memberi perlindungan terhadap penyakit COVID-19 iaitu Berjaya Sompo Insurance.
Saya dah ada insurans peribadi. Perlukah saya ambil insurans perjalanan?
Perlu diingat, walaupun insurans peribadi anda akan memberi tuntutan khairat kematian, kecederaan dan sebagainya, ada juga beberapa risiko ketika melancong yang tidak dilindungi oleh insurans peribadi anda.
Contohnya seperti kehilangan bagasi, kehilangan harta benda dan pembatalan penerbangan.
Tidak salah jika anda membeli insurans perjalanan walaupun anda sudah mempunyai insurans peribadi (dan insurans perubatan yang biasanya diberi oleh sesetengah syarikat).
Bahkan lebih bagus jika anda mempunyai 2-3 polisi insurans pada satu-satu masa. Ia bermakna anda boleh membuat 2-3 tuntutan sekaligus jika apa-apa berlaku kepada anda.
Kepentingan insurans perjalanan lebih kepada untuk memberi ketenangan; bahawa anda dilindungi ketika keluar negara. Banyak syarikat sudah menawarkan insurans perjalanan. Tetapi hanya satu sahaja yang menawarkan perlindungan spesifik kepada wabak COVID-19 setakat ini iaitu Berjaya Sompo Insurance.