Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan lebih ramai sukarelawan untuk tampil membantu kakitangan kesihatan dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19 di negara kita.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Sehingga ke hari ini, sejumlah 157 orang sukarelawan telah ditempatkan secara berperingkat untuk membantu pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19.”

“Kami akan menerima 1,008 orang lagi yang bakal menyertai kami tidak lama lagi di pelbagai hospital kerajaan.”

sukarelawan-pasukan-bantuan-kesihatan-COVID-19

“Melihat kepada situasi semasa, KKM menyeru lebih ramai orang untuk tampil menjadi sukarelawan dan sertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19 dengan mengisi Borang Pendaftaran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan dan Perubatan COVID-19 yang kami siarkan”

Jadi jika anda sudah tidak tahu nak buat apa lagi duduk di rumah, dan berniat untuk menyumbang jasa buat negara boleh lah mengisi borang pendaftaran tersebut.

NGO Fokus Golongan Pelarian dan Pendatang Asing

Menurutnya lagi, penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) ketika ini lebih tertumpu kepada saringan untuk golongan pelarian dan pendatang asing.

NGO yang membantu setakat ini termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET), Muslim Relief Agency dan MERCY Malaysia.

Dikatan juga, NGO lebih menumpukan perhatian dalam memberi perkhidmatan bantuan rawatan kepada pelarian Rohingya dan pendatang asing tanpa izin (PATI), yang ramai daripada mereka takut datang ke klinik atau hospital kerajaan.

Baca lagi artikel lain berkaitan COVID-19: