Di Kulim, seramai 59 pekerja kilang terletak di Kulim Hi Tech telah dikejarkan ke hospital.

Ianya gara-gara mereka mengalami pelbagai komplikasi termasuk sesak nafas kerana terhidu gas ammonia yang bocor di kilang tempat mereka bekerja.

Jabatan Bomba dan Penyelamatan Kulim Hi Tech terus bergegas ke tempat kejadian, sebaik sahaja menerima panggilan pada 11.42 malam semalam.

Seramai 24 anggota bomba dan penyelamat dikerahkan untuk ke tempat kejadian dengan segera bagi memastikan mangasa dapat diberikan bantuan kecemasan secepat mungkin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain mengesahkan, siasatan awal mendapati, kebocoran gas berlaku pada saluran paip gas ke proses pengeluaran produk di stor kilang tersebut.

Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata: “Setibanya di lokasi kejadian didapati melibatkan kebocoran gas ammonia berpunca daripada saluran paip gas ke production telah bocor di setor kilang itu,” katanya kepada pemberita di Alor Setar, Kedah hari ini.

Pekerja kilang kemudiannya diarahkan keluar dari lokasi kejadian selepas mendapati terdapat antara mereka mengalami muntah-muntah.

Tindakan menyahcemarkan untuk meneutralkan gas yang ada pada mangsa dilakukan serta merta sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan untuk rawatan selanjutnya.

Mohamadul Ehsan Mohd Zain turut mengesahkan seramai 27 mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan lanjut.

Daripada angka tersebut, seorang dirawat di zon merah dan 26 lagi dirawat di zon kuning. Oerasi tamat sepenuhnya pada jam 5.53 pagi.

Kami di Rencah mendoakan agar kesemuanya cepat sembuh dan kembali sihat. Berhati hati di tempat kerja kepada semua pembaca.

Syabas kepada pihak berkuasa yang cepat bertindak.

Sumber: Malaysiakini