Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari ke-10, terdapat beberapa barangan yang tidak mempunyai bekalan yang mencukupi seperti hari-hari biasa.

Malah ada juga sesetengah barangan yang mendapat permintaan jauh lebih tinggi ketika ini seperti sarung tangan getah, face mask dan hand sanitiser.

Keadaan ini menyebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang walaupun kerajaan sudah menetapkan harga siling yang patut dipatuhi.

Sebagai pengguna, anda perlu membuat aduan berkenaan kenaikan harga barang keperluan melalui saluran khidmat eAduan KPDNHEP.

Ikuti perkongsian cara-cara membuat aduan kepada KPDNHEP di bawah.

CARA BUAT ADUAN KEPADA KPDNHEP

Terdapat pelbagai saluran telah disediakan untuk pengguna membuat aduan:

  1. Membuat aduan secara online di eAduan KPDNHEP
  2. Memuat turun aplikasi Ez ADU di telefon pintar
  3. Menghubungi talian hotline di 1-800-886-800
  4. Hadir sendiri ke mana-mana pejabat / cawangan KPDNKK yang berhampiran

Untuk tujuan penyiasatan, pengadu hendaklah menyediakan maklumat-maklumat berikut:

  • No. Kad Pengenalan
  • Nama Penuh
  • No. Telefon
  • Emel Pengadu (Jika ada)
  • Nama Premis Pengadu
  • Alamat Premis
  • Keterangan Aduan
  • Dan beberapa maklumat yang diperlukan mengikut kategori aduan
integriti

Jangan biarkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terus memanipulasi harga barangan ketika negara kita sedang memerangi wabak COVID-19.

Sebarang aduan dan maklumat lanjut, boleh layari portal aduan rasmi KPDNHEP.