Selepas pelbagai desas desus, akhirnya Syarikat Hong Leong Yamaha melancarkan super moped paling dinanti-nantikan tahun ini iaitu Yamaha Y16ZR serba baharu. Super moped Y16ZR ini hadir dengan enjin berkuasa 155cc yang sama digunakan pada model Yamaha NVX 155 dan Yamaha YZF-R15.

Enjin berkuasa 4-lejang yang telah terbukti

Kredit gambar: https://imotorbike.my/news/en/2021/03/2021-yamaha-y16zr-officially-launched-in-malaysia/

Yamaha Y16ZR menggunakan enjin 4-lejang dengan 4-injap SOHC 155c sejukan cecair dengan Variable Valve Actuation (VVA). Enjin ini mampu menghasilkan 17.7 hp dengan 14.4 Nm daya kilas.

Selepas berjaya digunakan untuk model NVX 155 dan YZF-R15 sebelum ini, nampaknya Yamaha terus mengekalkan penggunaan enjin ini.

Gearbox serba baharu

Gearbox untuk Y16ZR ini didatangkan dengan gearbox 6-kelajuan yang mampu menghasilkan 17.7 kuasa kuda (hp) pada 9,500 rpm dan tork maksimum 14.4 Nm pada 8,000 rpm. Dengan menggunakan transmisi CVT juga, Y16ZR dijangka akan mempunyai daya pecutan yang memuaskan.

Seperti juga dengan model-model terbaharu Yamaha yang lain, model Y16ZR juga tampil dengan sistem clutch assist & slipper yang membantu mengurangkan tahap beban klac dan membolehkan pertukaran rendah gear lebih mudah.

Clutch lever bagi super moped ini juga direka 10mm lebih pendek berbanding model-model Yamaha yang lain untuk membantu pertukaran gear rendah dengan lebih pantas.

Ciri-ciri keselamatan yang lain

Kredit gambar: https://careta.my/article/yamaha-y16zr-2021-rasmi-dilancarkan-bermula-dari-rm10888

Prestasi, Gaya dan Inovasi merupakan slogan Yamaha. Y16ZR nampaknya mengungguli ketiga-tiga slogan ini. Berikut merupakan ciri-ciri inovasi yang membezakan super moped ini dengan motorsikal dalam kelasnya:

1- Model ini menggunakan sistem brek depan 2-pot kaliper baharu yang menawarkan kuasa berhenti lebih padu menerusi cakera depan 245mm.

2- Model ini juga menggunakan tombol penghidup tanpa kemasukan kunci sekali gus menjadi sistem kunci pintar kelas pertama yang memiliki fungsi ‘panggilan-balik’ bagi menentukan kedudukan motosikal.

3- Mempunyai immobilizer sebagai pencegah kecurian, sementara suis ‘cut-off’ enjin baharu disediakan dan digabungkan pada panel suis utama bagi digunakan sewaktu kecemasan.

Motorsikal untuk semua golongan

Kredit gambar: https://paultan.org/2021/03/19/2021-yamaha-y16zr-now-in-malaysia-priced-at-rm10888-six-speed-gearbox-17-7-hp-14-4-nm/

Dengan tangki bahan api bagi model Y16ZR ini adalah sebesar 5.4 liter berbanding model terdahulu (4.2 liter), model ini pasti menjadi pilihan mereka yang berulang-alik ke pejabat dengan menunggang motorsikal.

Terdapat tiga warna menarik yang ditawarkan iaitu Phantom Grey, Arrow Blue, dan Ragin Yellow.

Harga jualan bagi Yamaha Y16ZR bermula dari RM10,888, tidak termasuk insurans dan kos pendaftaran.

Sumber: