Selepas 2,161 kes positif dicatatkan di negara kita, terdapat satu perkembangan baik dalam usaha mencari penawar wabak COVID-19 ini.

World Health Organisation (WHO) telah mencalonkan Malaysia sebagai lokasi ujian ubat antiviral COVID-19 yang dinamakan Remdesivir.

virus covid 19

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengumumkan laporan terkini mengenai kes-kes wabak COVID-19 di seluruh negara petang tadi.

Ubat Remdesivir tersebut akan diuji di beberapa buah hospital tempatan yang telah dikhaskan sebagai hospital COVID-19 seperti Hospital Sungai Buloh dan sebagainya.

Menurut beliau lagi, salah satu kriteria utama yang dititikberatkan oleh WHO ialah Malaysia mempunyai kepakaran kajian klinikal yang bertaraf dunia dan para penyelidik yang cukup bertauliah.

Tarikh ujian untuk ubat antiviral Remdesivir ini akan dijalankan selepas perbincangan lanjut dengan pihak WHO pada malam ini.

Baca juga artikel yang berkaitan COVID-19: