Pada Sabtu / semalam, WhatsApp telah menamatkan servis kepada beberapa peranti, yang memberikan kesan kepada jutaan penggunanya.

Sebelum ini, aplikasi pesanan milik Facebook itu sudah mengumumkan tidak akan memberikan sokongan kepada telefon pintar Androi dan iPhone yang lama bermula 1 Februari 2020.

Ia telah dihebahkan lebih awal oleh WhatsApp agar para pengguna yang berkaitan bersedia lebih awal dengan impaknya.

Para pengguna telefon lama ini juga tidak boleh mencipta akaun baharu menerusi peranti mereka.

Telefon pintar yang berkaitan adalalah telefon pintar yang beroperasi dengan Android 2.3.7 dan iOS 8 ke bawah, tidak akan dapat sokongan ini.

Jadi, kepada anda, yang ibu ayah, ataupun datuk, nenek yang masih pakai telefon lama macam ni, biasalah, orang otai ni tak suka bertukar telefon kerap. Ada baiknya ambil perhatian akan perkara ini.

Untuk anda yang masih muda dan belia, rasanya tiada masalah dengan perkara ini. Mungkin sebilangan kecil sahaja.

Hal ini kerana WhatsApp tersebut tidak akan diberikan kemaskini ataupun sokongan keselamatan. Dan boleh hilang beberapa fungsi dalam bila-bila masa sahaja.

WhatsApp mengeluarkan kemaskini terakhir kepada window phone pada 31 Disember 2019. Dan pada masa yang sama, Microsof menamatkan sokongan kepada Window 10 Mobile OS.

Pada Khamis lalu, Facebook menyatakan bahawa, seramai 2.89 billion pengguna menggunakan sekurang-kurangnya 1 daripada aplikasi berikut setiap bulan iaitu: Facebook, WhatsApp, Instagram ataupun Messenger.