Semenjak wabak COVID-19 dilabel sebagai satu pandemik oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), pelbagai kajian telah dijalankan oleh para penyelidik dalam usaha untuk memahami ciri-ciri dan kelakuan virus berkenaan serta mencari penawar untuk mengubatinya.

Menurut sekumpulan penyelidik dari Australia, wabak COVID-19 yang sedang melanda masyarakat dunia pada hari ini berpotensi untuk disebarkan melalui kentut.

Kajian yang dibuat bermula pada awal tahun ini mendapati partikel virus berkenaan dikesan pada najis majoriti pesakit positif COVID-19.

virus-covid-19

Doktor juga turut memberi amaran bahawa kentut boleh menyebarkan zarah kotoran yang berpotensi menyebarkan bakteria seperti yang dilaporkan oleh laman dailystar.co.uk.

Doctor Xander, salah seorang ahli kumpulan penyelidik bawah program Operation Ouch di BBC Channels telah berkongsi mengenai isu kentut ini di ruangan media sosial.

Mereka juga menggesa agar lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi menghentikan penularan wabak korona virus ini dengan cara mengurangkan gas tidak sihat dalam tubuh badan manusia.

“Doktor Tagg berkata ujian yang dilakukan sejak awal tahun ini menunjukkan SARS-CoV-2 dikesan pada najis lebih 55% pesakit yang menerima rawatan.”

“SARS-CoV-2 ini juga boleh didapati pada najis individu yang tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan sepanjang tempoh 17 hari.” katanya memetik laporan portal DailyStar.

Baca juga artikel kami yang lain berkaitan wabak COVID-19:

Sumber: