Sebelum ini terdapat khabar angin yang menyatakan Verizon akan melepaskan kumpulan media yang dipegang olehnya iaitu Verizon Media. Verizon, gergasi telekomunikasi dan media di Amerika syarikat membeli AOL pada tahun 2015 dengan harga RM18.141 bilion (USD$4.4 bilion). Mereka kemudiannya mahu melebarkan sayap sebagai syarikat gergasi media dengan membeli Yahoo! dengan nilai RM19.790 (USD$4.8 bilion) pada tahun 2016.

Kumpulan Verizon Media kini hanya akan dijual dengan nilai RM20.615 (USD$5 bilion), hampir separuh daripada apa yang dibayar untuk pembelian AOL dan Yahoo! beberapa tahun lalu. Urusan jual beli ini akan melibatkan 18 jenama terkenal iaitu:

  1. Yahoo!
  2. Yahoo! Mail
  3. Tech Crunch
  4. Yahoo! Finance
  5. Engadget
  6. Yahoo! Entertainment
  7. RYOT
  8. AOL
  9. Yahoo! Life
  10. Yahoo! News
  11. Yahoo! Fantasy
  12. Yahoo! Sports
  13. Rivals
  14. Makers
  15. Built by Girls
  16. AutoBlog
  17. Flurry
  18. In the Know

Verizon Media akan dijual kepada Apollo Global Management iaitu pemilik kepada Venetian Resort & Casino di Las Vegas. Selepas penjualan ini, Verizon akan memegang baki 10 peratus pegangan di dalam Verizon Media.

Sumber: