Unilever berjanji akan menjenamakan semula nama krim pemutih Fair & Lovely selepas dikritik kerana mempromosikan stereotaip negatif tentang orang yang berkulit gelap.

Unilever turut akan membuang perkataan ‘whitening’ dan ‘lightening yang digunakan untuk produk tersebut. Di Malaysia, perkataan bahasa Melayu yang biasanya digunakan oleh Fair & Lovely adalah ‘cerah’ dan ‘berseri’.

Ayat iklan yang digunakan oleh Fair & Lovely Malaysia adalah:

  • memastikan kulit sentiasa kelihatan cantik dan segar
  • untuk tona kulit lebih sekata melalui pencerahan kulit secara semula jadi dan selamat
  • membantu wanita menangani masalah kekusaman kulit untuk pencerahan jelas kelihatan dan wajah kekal berseri

Unilever mengakui penjenamaan Fair & Lovely mencadangkan ‘yang berkulit gelap tidak cantik’.

Presiden Penjagaan Kecantikan Unilever, Sunny Jain berkata:

“Kami mengaku penggunaan perkataan ‘fair (cerah)’, ‘white (putih) dan ‘light (berseri)’ mencadangkan yang putih sahaja cantik. Kami mahu perbetulkan perkara ini.

“Fair & Lovely bukan produk pemutihan kulit. Sejak 2019, kami telah buang iklan ‘sebelum-dan-selepas’ serta panduan warna kulit muka di pakej produk.

Tindakan Unilever itu dibuat susulan dua petisyen yang mendesak penghasilan produk-produk krim pemutih muka seperti Fair & Lovely dihentikan.

Fair & Lovely merupakan salah satu produk krim pemutih yang popular di India dan mempunyai beberapa duta selebriti seperti Yami Gautam dan Eleana D Cruz. Duta Fair & Lovely di Malaysia pula adalah Daiyan Trisha.

Tekanan terhadap Unilever dan beberapa pengeluar krim pencerahan muka mula mendapat momentum, terutamanya di India, berikutan kesedaran global terhadap kempen Black Lives Matter susulan kematian George Floyd.

Bagaimanapun reaksi orang ramai di India terhadap pengumuman Unilever itu masih lagi negatif.

Penulis dan aktivis India, Poorna Bell berkata:

“Pengumuman Unilever tidak memberi nafas lega langsung kepada orang yang tertekan kerana dikatakan tak cantik kerana berkulit gelap.

“Menjenamakan semula nama produk krim pemutih tak bermakna apa-apa. Ia masih lagi produk salah atas nama yang baru.

“Saya cabar Unilever untuk ikut jejak langkah syarikat Johnson & Johnson’s baru-baru ini yang terus memberhentikan penjualan sesetengah produk yang diiklankan mampu mengurangkan bintik hitam, tapi digunakan oleh orang ramai untuk mencerahkan kulit.”

Di Malaysia, antara 10 krim pencerah muka paling popular adalah:

  1. Nivea Radiant and Smooth Cream
  2. Wardah White Secret Facial Wash
  3. Sendayu Tinggi Whitening Bar Soap
  4. Nivea For Men Extra Whitening Moisturizer
  5. Neutrogena Combination Skin Oil Free Moisture
  6. L’oreal Paris White Perfect Rosy Day Cream SPF17
  7. Collage by Watsons Hydro Balance Moist Gel Bomb
  8. Senka Junpaku White Beauty Glow UV Cream
  9. Eliano Lumino White Advanced Night Cream
  10. The Face Shop White Seed Brightening Lotion productnation

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber: