Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini meluluskan vaksin Sinopharm Covid-19 untuk penggunaan kecemasan. Vaksin itu merupakan salah satu daripada dua vaksin utama yang dikeluarkan oleh kerajaan China dan diberikan kepada ratusan juta penduduknya. Sinopharm juga menjadi suntikan vaksin pertama yang dikeluarkan oleh negara Asia dan diluluskan oleh WHO.

Sebelum ini, terdapat empat vaksin yang diberikan kelulusan oleh WHO iaitu Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson and Moderna. Menurut laporan, Sinovac merupakan vaksin yang julung kali mendapat kelulusan WHO dari negara China untuk sebarang penyakit berjangkit.

Kelulusan ini bermaksud vaksin Sinopharm boleh digunakan di dalam prgram Covax bagi membantu negara yang berpendapatan rendah untuk mendapat akses vaksin sama seperti negara berpendapatan tinggi. Menurut kenyataan WHO lagi, vaksin ini akan diberikan kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

Satu lagi vaksin keluaran China yang turut digunakan oleh Malaysia iaitu Sinovac turut dilapor akan mendapat kelulusan yang sama daripada WHO. Sementara itu, vaksin keluaran Russia iaitu Sputnik-V sedang dikaji oleh badan kesihatan dunia tersebut.

Sumber: