Hari ini kecoh nama Mak Cik Kiah naik di media sosial berikutan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menyebut nama beliau dalam ucapan Dana PRIHATIN COVID-19.

Bila nama Makcik Kiah ini muncul, kami terus teringat ada satu filem arahan Mamat Khalid pada zaman era Sukan Komanwel 1998 yang dianjurkan di Malaysia.

Dalam filem tersebut ada satu watak bernama Cik Kiah yang menjadi leader untuk rombongan tersebut. Cerita ini sangat seronok ditonton semula.

Sementara kita semua dalam Perintah Kawalan Pergerakan, bolehlah kita semua menonton filem ini semula.

Lihat juga reaksi netizen selepas gambar ini dimuat naik dalam sebuah laman Facebook. Klik gambar dibawah untuk ke post Facebook tersebut.

Selamat menonton!