Terengganu mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas kes COVID-19 sepenuhnya selepas kesemua daerah di negeri itu dikategorikan sebagai Zon Hijau.

Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berkata 111 kes telah direkodkan di Terengganu dan kes terakhir melibatkan pesakit dari daerah Kemaman.

Bagaimanapun, pesakit COVID-19 yang menerima rawatan di Hospital Kuantan itu telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah pada Rabu lepas.

“Seperti mana kita telah ketahui dan dimaklumkan secara rasmi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bahawa Terengganu telah bebas COVID-19 dan diisytiharkan Zon Hijau yang mana kes terakhir iaitu kes 111 yang mana kes berasal dari Kemaman dimasukkan ke Hospital Kuantan dan telah didiscaj,” kata beliau memetik laporan Astro Awani.

terengganu
Status COVID-19 Di Negeri Terengganu Sehingga Jam 12.00 tengah hari 29 Mei 2020

Tambahnya lagi, walaupun dengan status negeri bebas COVID-19 tetapi kesemua jawatankuasa peringkat negeri dan daerah masih berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan wujudnya kes jangkitan baharu di Terengganu.

Penduduk di negeri itu turut diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang masa walaupun berada dalam Zon Hijau.

Che Adam turut berkata orang ramai masih perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dikuatkuasakan sehingga kini.

Baca juga artikel lain yang mungkin menarik bagi anda:

Sumber: