Bagi mengelakkan sebarang pemalsuan surat kebenaran syarikat beroperasi, surat yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan dilengkapi dengan kod respon pantas (QR). Menurut Senior Asisten Komisioner (SAC) M V Srikumar M Nair, berkata kod berkenaan akan diimbas oleh polis di sekatan jalan raya bagi memastikan ia adalah tulen.
Belau yang bertugas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman memaklumkan, apabila kod berkenaan diimbas, ia memerlukan kepada satu nombor kod yang hanya dimiliki oleh pihak polis. Apabila pihak polis yang menjaga sekatan jalan raya memasukkan nombor kod itu, maka mereka akan mengetahui sama ada surat perlepasan MITI tersebut sah ataupun palsu.
Semakan di laman web notifikasi MITI menunjukkan bahawa ia masih tidak boleh diakses akibat kesesakan trafik oleh pengguna sejak semalam. Menurut kenyataan media oleh MITI, majikan yang berada di dalam senarai perkhidmatan perlu (essential service) dan sudah berdaftar di laman web tersebut tidak perlu mendaftar semula dan hanya perlu memuat turun surat kebenaran pergerakan bagi PKP 3.0 yang telah dikemaskini.