Seramai 30 atlet negara akan membawa cabaran Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo yang akan membuka tirainya kira-kira enam hari lagi. Kejohanan Olimpik Tokyo akan mula berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 melibatkan 205 buah negara. Acara badminton, berbasikal trek dan terjun antara prospek pingat buat kontinjen Malaysia untuk edisi Olimpik kali ini.

Pada edisi yang lalu, kontinjen negara menghantar seramai 32 atlet membabitkan 10 acara sukan. Olimpik 2016 di Rio, Brazil menyaksikan Malaysia berjaya memperoleh lima pingat iaitu empat perak dan satu gangsa sekali gus menyaksikan pencapaian terbaik sepanjang tempoh penyertaan Malaysia dalam sukan berkenaan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM), skuad badminton muncul sebagai wakil teramai dengan lapan pemain akan berentap pada temasya edisi kali ini.

Malam tadi, sebahagian daripada atlet dari skuad badminton, gimnastik, akuatik (renang, terjun) dan memanah berlepas ke Tokyo untuk temasya sukan terbesar dunia. Seramai 40 orang delegasi, termasuk 18 atlet berlepas menaiki pesawat Malaysia Airlines MH9118 pada jam 10.50 malam semalam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 8.05 pagi ini.

Diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei selaku ketua kontinjen, berikut merupakan senarai penuh 30 atlet Malaysia mengikut kategori sukan yang akan membawa cabaran negara di Tokyo.

Atlet Badminton

Kredit gambar: https://www.nsc.gov.my/en/tinjauan-persiapan-terakhir-atlet-badminton-ke-olimpik-tokyo-2020-2/

Perseorangan lelaki: Lee Zii Jia
Perseorangan wanita: Soniia Cheah
Beregu lelaki: Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Beregu wanita: Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean
Beregu campuran: Chan Peng Soon- Goh Liu Ying

Atlet Berbasikal

Kredit gambar: https://www.nsc.gov.my/en/azizul-persiap-taktik-ampuh-hadapi-olimpik/

Keirin lelaki dan pecut lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom

Atlet Gimnastik

Kredit gambar: https://www.nst.com.my/sports/others/2021/07/707708/farah-should-vault-new-age

All around wanita: Farah Ann Abdul Hadi
All aroung lelaki: Jeremiah Loo Phay Xing

Atlet Golf

Kredit gambar: https://www.nst.com.my/sports/golf/2021/07/709139/no-family-reunion-kelly

Individu lelaki: Gavin Green
Individu wanita: Kelly Tan

Atlet Memanah

Kredit gambar: https://rojakdaily.com/lifestyle/article/213/meet-the-malaysian-olympians-with-the-highest-chance-at-a-gold-medal

Individu lelaki: Khairul Anuar Mohamad
Individu wanita: Syaqiera Mashayikh

Atlet Menembak

Kredit gambar: https://www.nsc.gov.my/en/diri-sendiri-musuh-sebenar-suryani-di-tokyo/

50 meter rifle wanita 3 Position: Suryani Mohamed Taibi

Atlet Olahraga

Kredit gambar: https://www.nsc.gov.my/en/30-atlet-kibar-cabaran-negara-di-tokyo/

Lompat tinggi: Lee Hup Wei
100 m wanita: Azreen Nabila Alias

Atlet Pelayaran

Kredit gambar: https://olympic.org.my/sailing-team-first-to-depart-to-tokyo/

Laser lelaki: Khairulnizam Mohd Afendy
Laser radial wanita: Nur Shazrin Mohd Latif
International 470 wanita: Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali

Atlet Renang

Kredit gambar: https://www.dsaswimteam.com/interview-with-welson-sim-malaysian-national-swimmer/

200 meter dan 400 meter gaya bebas lelaki: Welson Sim Wee Sheng
100 meter dan 200 meter kuak dada wanita: Phee Jinq En

Atlet Terjun

Kredit gambar: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/01/27/malaysian-diving-team-safe-in-china-will-continue-training/

Tiga meter papan anjal individu wanita: Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee
10 meter platform individu wanita: Pandelela Rinong Pamg, Cheong Jun Hoong
10 meter platform seirama wanita: Pandelela Rinong Pamg / Leong Mun Yee