Galaxy Z Flip merupakan telefon boleh lipat kedua dikeluarkan oleh Samsung. Bezanya dengan Galaxy Fold adalah ianya dilipat secara vertikal.

Selepas beberapa hari dikeluarkan, para pengguna dan reviewer telefon pintar telah meragui ketahanan skrin telefon tersebut, walaupun rata-rata menyatakan Z Flip adalah lebih baik daripada Galaxy Fold.

Jangan risau, kerana Samsung sudah memberikan anda jaminan. Bagi pemilik Galaxy Fold, mereka ada satu jaminan penggantian skrin jika ianya bermasalah dengan stok skrin gantian yang tersedia.

Jaminan yang sama diberikan oleh Samsung untuk pengguna Galaxy Z Flip.

Dalam satu reviu oleh JerryRigEverything, beliau menyatakan bahawa Galaxy Flip adalah senang sangat calar.

Ujian oleh Jerry itu telah mendapat liputan daripada laman The Verge yang memiliki ramai peminat. Dan Samsung menyatakan, prosedur yang sama terpakai untuk Galaxy Fold dan Galaxy Z Flip, iaitu menggantikan skrin dengan pakej percuma pelindung skrin.

Walaupun anda tak perlu bayar untuk pelindung skrin. Untuk harga skrin pula, korang hanya perlu membayar just US$119 ataupun sekitar RM480.00, untuk telefon yang dibeli pada tanda harga US$1,380.

Harga itu adalah sama dengan harga untuk menggantikan skrin iPhone 11.

Namun isu dia sekarang ini, peminat Samsung mulai berbelah bagi untuk telefon ini. Selepas laporan oleh JerryRigEverythin yang menyatakan Galaxy Z Flip ini menggunkanan kaca yang terlalu nipis.

Ini adalah percubaan pertama Samsung menggunakan kaca yang boleh dilipat. Dan ianya dilatakan terlalu mudah untuk calar, dan kalau jatuh, ianya mudah sangat untuk retak.

Malah Jerry menyimpulkan Galaxy Z Flip lebih kepada plastik berbanding kaca.