Semalam, sesi pendaftaran bagi pemberian vaksin AstraZeneca secara sukarela dibuka kepada penerima dewasa di beberapa buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak. Pendaftaran bermula sekitar jam 12.00 tengah hari dan ditangguhkan kepada jam 12.15 tengah hari akibat ralat di laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV).
Sebanyak 1,261,000 dos vaksin AstraZeneca ditawarkan untuk pusingan kedua ini dengan 275,208 dos telah ditempah oleh warga emas dan 29,183 dalam senarai menunggu sebelum ini telah dimasukkan ke dalam senarai giliran. Untuk semalam, 956,609 tempahan telah ditawarkan mengikut lima negeri dan habis didaftarkan dalam masa kurang dua jam.
Terdapat ramai pengguna yang tidak berjaya mendaftar bagi sesi kali ini kerana bebanan yang tinggi terhadap laman sesawang JKJAV, dengan jutaan rakyat Malaysia di lima negeri terpaksa merebut 956,609 slot yang disediakan. Namun begitu, terdapat beberapa kes yang dilaporkan oleh pengguna Twitter pagi ini yang menunjukkan satu lagi ralat semasa pendaftaran semalam. Pengguna itu tidak menerima sebarang notifikasi ‘berjaya’ semasa pendaftaran semalam, namun sebenarnya berjaya mengikut kemas kini yang tertera di aplikasi MySejahtera.
https://twitter.com/aaradhia/status/1397634432744366081?s=21
Alhamdulillah. Mati2 aku ingt semalam tak dapat book sebab xda keluar page ‘Terima Kasih’ tu, tiba2 bangun tido pagi ni saje check MySj keluar mcm ni, rasa mcm nk buat sujud syukur 🥲 pic.twitter.com/Ye9BfETnXp
— SYML.SZLI | HD (@syameysazali) May 27, 2021
Setakat semakan kami, kedua-dua pengguna ini memilih World Trade Centre Kuala Lumpur sebagai lokasi penerimaan vaksin. Sentiasa semak akaun MySejahtera anda dari masa ke semasa untuk kemas kini lanjut berhubung status sebenar permohonan anda semalam.