Jual Beli Kad Rekod Vaksin Palsu Adalah Salah Di Sisi Undang-Undang

Terdapat akaun di laman sesawang eBay dilaporkan menjual kad rekod vaksin Covid-19. Menurut laporan The Washington Post penjualan kad tersebut berleluasa sejak dua minggu lalu. Sebanyak 100 kad rekod vaksin telah dijual oleh akaun asianjackson sepanjang tempoh terbabit.

Setakat ini, akaun tersebut telahpun disekat oleh pentadbir eBay.

Kad tersebut yang memiliki logo Centers for Disease Control (CDC) iaitu sebuah badan regulasi vaksin di Amerika Syaikat dilaporkan dijual pada harga RM41.16. Menurut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), adalah menjadi satu kesalahan jenayah untuk seseorang menjual, membeli dan memiliki kad rekod vaksin palsu tersebut. Menggunakan kad rekod vaksin yang palsu sudah pasti akan menyebabkan penganiayaan terhadap orang lain.

Penjualan ini semakin berleluasa tatkala kerajaan dilihat semakin bekerja keras untuk memberikan vaksin kepada sekurang-kurangnya 80 peratus daripada populasi penduduk. Keadaan ini diburukkan lagi dengan tindakan segelintir pengguna media sosial yang mengambil gambar selfie mereka bersama kad tersebut hingga berlakunya kecurian data rekod vaksin.

 

 

Bacaan Seterusnya