Tony Stark di alam nyata nampaknya sudah ada dan baru sahaja terbang di udara beberapa hari yang lalu. Cuma bezanya, beliau menggunakan Jatpack yang besar gedabak di belakangnya, dan bukan memulakan pelepasan dengan kuasa di tangan.

Terima kasih kepada sebuah syarikat iaitu Jetman Dubai telah menghasilkan satu wingsuit yang boleh membawa korang terbang seperti iron man dengan ketinggian yang boleh tahan.

Ianya telah diuji di dubai di mana, pilot / juruterbang Vince Reffet tersebut telah terbang menggunakan suit tersebut pada Jumaat yang lalu.

Reffet terbang di udara mencecah ketinggian hampir 6,000 kaki. Beliau turut menunjukkan beberapa siri gerakan termasuk cara untuk berhenti dan berputar.

Reffet merupakan juruterbang helikopter. Dan ini adalah pengalaman pertama beliau menerbangkan wingsuit.

Reffet berjaya mencapai ketinggian lebih 1,000 meter di udara hanya dalam masa 30 saat. Korang tengok di sini, laju dia lain macam.

Beliau juga berjaya menunjukkan beberapa aksi roll and loop dengan wingsuit itu. Reffet melakukan aksi itu lebih 3 minit dan mendarat dengan selamatnya.

https://twitter.com/dstellaaaa/status/1230023912869679104

Reffett telah melakukan lebih 50 rehearsal penuh sebelum pertunjukkan tersebut. Beliau juga melakukan lebih daripada 100 penerbangan dan pendaratan dengan wingsuit iron man itu, dengan adanya kabel keselamatan dipaut padanya sebagai langkah berjaga – jaga.