Pernah tak korang mendengar bahawa ada aduan tentang pam minyak di stesen petrol itu ada unsur-unsur seksis? Ataupun diskriminasi ke atas wanita?

Di London, seorang tutor swasta merasakan bahawa perkara itu sudah lama berlaku.

Melanie Morgan , 31, telah meluahkan tentang perkara itu di media sosial dan telah menarik perhatian Daily Mail.

Menurut Melanie, saiz pemegang pam minyak adalah dicipta untuk saiz lelaki. Kebiasannya tangan dan jari wanita lebih kecil, dan mereka sukar untuk mengisi minyak.

Ia didapati telah menjadi pengalaman yang menyakitkan kepada wanita yang mengisi minyak.

Melanie menuduh perkara itu sebagi seksis dalam kehidupan seharian yang ramai tak kisah pun.

Melanie menunjukkan beberapa bukti beliau berhadapan kesukaran mengisi minyak dengan saiz pam mintak yang besar.

Malah Melanie kini sedang merasakan bahawa beliau mungkin terpaksa membeli kereta baharu yang menggunakan elektrik, kerana sudah tak tahan.

“Ianya menjadi satu kesukaran, terutama sekali apabila mahu melakukan isian penuh. Kena pula, ada beberapa van diesel [bukan Van Diesel ya] menunggu di belakang.”

“Saya sentiasa menunggu, bila ia akan berakhir.”

“Selepas saya mengisi minyak, tangan saya berasa sangat sakit. Terutama sekali pada hari saya banyak menulis. Saya rasakan ‘ouch’ ianya benar-benar sakit.”

“Saya ada meluahkannya kepada teman lelaki saya, dan dia hanya tergelak dan menyatakan, mana ada sakit?”

“Saya beritahu dia, ianya benar-benar sakit. Terutama sekali dengan tangan kamu yang kecil, kamu perlu untuk memicit pam itu dengan kuat.”

“Kadangkala saya terasa agak mengarut memikirkan mahu menukar kereta kepada jenis elektrik.”

“Saya mulai membayangkan apa yang akan jadi kepada wanita yang lebih kecil dan lebih lemah daripada saya?”

Ada juga netizen menyatakan, di Amerika Syarikat, pam minyak adalah automatik dan tidak perlu dipicit lagi.

Dan ada yang mengusiknya, dengan mencadangkan Melanie untuk berpindah ke AS.