Penjana Kerjaya merupakan inisiatif pemulihan ekonomi di bawah inisiatif Kementerian Sumber Manusia melalui kelolaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Ia bertujuan untuk menggalakkan majikan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan di samping meningkatkan prospek penganggur mendapat kerja berikutan kemelesetan ekonomi akibat wabak COVID-19.

Inisiatif ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun lepas.

Siapa dapat manfaat program Penjana Kerjaya?

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1.5 bilion untuk Penjana Kerjaya, di mana syarikat akan diberikan insentif kewangan selama enam bulan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur, belia dan orang kelainan upaya (OKU).

Jadi melalui Penjana Kerjaya ini, syarikat yang mengambil pekerja baru akan diberi insentif kewangan oleh kerajaan. Manakala penganggur yang memohon mula mendapat pekerjaan baru.

Cara mohon insentif Penjana Kerjaya bagi MAJIKAN

1. Daftar dan terbitkan iklan kekosongan kerja di MYFutureJobs atau mana-mana portal cari pekerjaan lain bermula 15 Jun 2020.

(Sila klik) Portal MyFutureJobs

2. Daftar profail syarikat anda untuk Program Insentif Pengambilan Pekerja di portal Penjana Kerjaya bermula 15 Jun 2020.

(Sila klik) Portal Penjana Kerjaya

3. Pilih pekerja baru (mesti dilantik bermula 15 Jun dan seterusnya) yang akan menerima insentif ini.

4. Pilih kategori insentif di bawah yang bersesuaian dengan pekerja:

  • #MYApprentice: Insentif pengambilan pekerja sebanyak RM600 sebulan untuk syarikat yang mengambil pekerja perantis atau intern.
  • #MYHireMalaysia40: Insentif pemgambilan pekerja sebanyak RM800 selama enam bulan termasuk latihan, layak untuk majikan yang mengambil pekerja tempatan berusia 40 tahun dan ke bawah.
  • #MYHireMalaysia40+: Insentif pemgambilan pekerja sebanyak RM1,000 selama enam bulan termasuk latihan, layak untuk majikan yang mengambil pekerja tempatan berusia 40 tahun ke atas.
  • #MYHireMalaysiaOKU: Insentif pengambilan pekerja sebanyak RM1,000 selama enam bulan termasuk latihan, layak untuk majikan yang mengambil pekerja tempatan OKU dan peserta Program Kembali Bekerja (RTW) anjuran PERKESO.

5. Pekerja yang memerlukan bantuan mobiliti layak menerima RM600 (jika bekerja di Semenanjung) dan RM1,000 (jika bekerja di Sabah & Sarawak). Bantuan ini akan disalurkan oleh kerajaan kepada majikan untuk diberi kepada pekerja berkenaan.

6. Majikan yang mengambil pekerja di bawah kategori #MYHireMalaysia40, #MYHireMalaysia40+ dan #MYHireMalaysiaOKU boleh memilih program latihan bekerja bersesuaian untuk diberikan kepada pekerja di portal Penjana Kerjaya.

(Sila klik) Portal Penjana Kerjaya

7. Pembayaran insentif akan mula dibuat kerajaan selepas majikan mula membuat caruman PERKESO kepada pekerja baru. Contoh:

Tarikh pekerja mula bekerja: 1 Julai
Tarikh caruman PERKESO dibayar: 15 Julai
Tarikh pembayaran insentif: Bermula Ogos

Cara mohon bagi PENCARI KERJA

Untuk memohon, anda hanya perlu mendaftar dan mengemaskini profail di portal MYFutureJobs di bawah:

(Sila klik) Portal MyFutureJobs

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai Program Penjana Kerjaya anjuran PERKESO, anda boleh menghubungi talian hotline di bawah:

Baca juga artikel lain yang berkaitan: