Sebelum ini, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan penghentian sementara bagi penggunaan vaksin Johnson & Johnson di negara tersebut. Keputusan sama turut dibuat oleh Kesatuan Eropah bagi mengentikan penggunaan sementara vaksin bagi membolehkan kajian dijalankan. Selepas 11 hari, pada hari ini vaksin Johnson & Johnson kembali mendapat kebenaran untuk digunakan oleh panel penasihat bagi Centers for Disease Control and Prevention (CDC).

Penghentian sementara sebelum ini adalah berikutan laporan terdapat risiko di antara suntikan vaksin COVID-19 keluaran syarikat tersebut dengan kejadian darah beku. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FDA, selepas penggunaan sebanyak 15 juta dos suntikan, terdapat sebelas kes yang berkaitan dengan darah beku tersebut.

Namun begitu, setelah kajian dibuat oleh pakar-pakar dari CDC, panel penasihat mereka kembali mengesyorkan penggunaan vaksin ini. Menurut CDC, kes darah beku tersebut amatlah jarang berlaku di dalam jutaan dos suntikan yang diberikan. Keputusan yang sama turut diambil oleh Kesatuan Eropah.

Sebagai langkah keselamatan, satu label amaran yang menjelaskan tentang risiko kejadian darah beku juga akan ditambah dan dimaklumkan kepada penerima.

Sumber: