Wang tunai sebanyak RM200,000 yang disimpan oleh bekas menteri dilaporkan hilang. Kejadian tersebut disedari semalam selepas beliau memeriksa peti besi yang terletak dalam bilik tidur banglo miliknya di Petaling Jaya.

Walaubagaimanapun tiada sebarang tanda rumah tersebut dipecah masuk.

“Mangsa kali terakhir memeriksa wang dalam peti besi simpanan berkenaan kira-kira dua minggu lalu dan mangsa juga kerap meninggalkan kediamannya atas urusan kerja.

“Mangsa juga memaklumkan wang berkenaan adalah wang milik parti politik,” kata sumber.

Susulan kejadian itu, siasatan polis membawa kepada penahanan seorang wanita warga Indonesia yang juga pembantu rumah di kediaman mangsa, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi hari ini mengesahkan pihaknya ada menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu.

“Siasatan sedang dijalankan dan buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat kerana tidak mahu mengganggu siasatan,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.

Sumber: