Kerajaan Republik Singapura mengumumkan perintah kawalan pergerakan atau yang mereka panggil pemutus rantaian (Circuit Breaker) akan dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga ke bulan Jun depan.

Pengumuman tersebut juga menyebut perkhidmatan dan operasi perniagaan yang tidak penting perlu ditutup buat sementara waktu sepanjang tempoh CB dilaksanakan.

Hasilnya, orang Singapura dilihat berbaris panjang di hadapan kedai bubble tea semalam untuk menikmati minuman tersebut buat kali terakhir sebelum terpaksa berpuasa daripadanya selama sebulan.

Gelagat melucukan itu dikongsikan di media sosial oleh para netizen. Menurut sumber, orang ramai yang beratur untuk mendapatkan bubble tea berlarutan sehingga ke tengah malam di mana kedai dibenarkan beroperasi sehingga jam 11.59 malam semalam.

Seorang penghantar makanan memberitahu dia terpaksa menunggu sehinga 25 minit untuk pesanan minumannya siap sedangkan sebelum ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

Kalau ikutkan ini bukanlah kali pertama rakyat Singapura menyerbu premis perniagaan yang diarahkan tutup kerana COVID-19. Awal April, orang ramai dilihat menyerbu gedung perabot IKEA selepas Singapura mengumumkan penutupan sekolah serta tempat kerja yang tidak penting (non-essential).

Selain minuman bubble tea, MalayMail turut melaporkan mereka juga memenuhi kedai gunting rambut untuk memastikan penampilan diri mereka tidak terjejas sepanjang berkurung di dalam rumah sehingga penularan wabak COVID-19 dapat dibendung di kepulauan tersebut.

Baca juga artikel kami yang lain berkaitan wabak COVID-19:

Sumber: