Alessandro Paluzzi, seorang pembangun perisian memaklumkan bahawa Instagram akan memperkenalkan fungsi bagi pengguna memuat naik gambar dan video daripada komputer terus melalui browser. Semalam, beliau berkongsi beberapa screenshot yang menunjukkan user interface Instagram yang membolehkan pengguna untuk memuat naik gambar atau video melalui browser sahaja.

Sama seperti fungsi aplikasi Instagram di telefon pintar anda, pengguna komputer selepas ini dilihat boleh memilih gambar atau video yang mahu dimuat naik, membuat suntingan dan menulis caption.

Setakat ini masih tiada maklumat ataupun pengesahan rasmi dari Instagram tentang ciri ini. Apa yang pasti, ciri ini akan membantu pembuat kandungan yang mempunyai file berskala besar untuk terus memuat naik gambar ataupun video terus ke Instagram komputer.