Keluarga Angkasawan Apollo 11, Micheal Collins dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beliau telah meninggal dunia akibat barah. Collins yang berusia 90 tahun menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarganya.

Dilahirkan di Rom pada 1930, beliau adalah anak kepada pegawai tentera Amerika Syarikat, Mejar Jeneral James Collins yang berkhidmat di sana. Collins kemudian menjadi juruterbang tempur dengan tentera udara sebelum bersara dengan pangkat sama seperti ayahnya iaitu Mejar Jeneral.

Sewaktu misi Apollo 11, Collins merupakan juruterbang modul Apollo 11 pada 16 hingga 24 Julai 1969 sewaktu misi pertama NASA mendarat di bulan. Setibanya di bulan, Neil Armstrong dan Edwin Aldrin mendarat di permukaan bulan menaiki modul Lunar Eagle manakala beliau mengorbit bulan secara bersendirian.

Kenyataan oleh NASA menyifatkan Collins sebagai perintis dan penyokong sejati dalam bidang penerokaan. Agensi itu bersedih dengan kehilangan juruterbang dan angkasawan, seorang sahabat yang sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan potensi manusia. Warisannya akan sentiasa diingati sebagai seorang pemimpin yang membawa langkah pertama Amerika Syarikat dan dunia di angkasa.

 

Sumber: