Saintis di Eropah melaporkan lubang ozon sebesar 1 juta km persegi atas kutub utara (Artik) telah berjaya ditutup.

Awal bulan ini, meteorologis dari Copernicus’ Atmosphere Monitoring Service (CAMS) dan Copernicus Climate Change Service (C3S) menemui lubang pada lapisan ozon di atas Artik. Lubang tersebut dipercayai terhasil akibat suhu rendah di Kutub Utara.

Menurut mereka, jika lapisan ozon yang berlubang itu bergerak ke selatan dengan bantuan aliran angin, ia akan membahayakan manusia.

CAMS dan C3S yang tadbir oleh European Commission itu bagaimanapun menegaskan penutupan lubang ozon tersebut bukannya disebabkan oleh wabak COVID-19.

“Penutupan lubang ozon Artik ini tak ada kena-mengena dengan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan yang disebabkan oleh wabak COVID-19.

“Sebaliknya ia disebabkan oleh polar vorteks yang semakin lemah.”

Menurut saintis di CAMS dan C3S, pada awal bulan ini, polar vorteks di altitud tinggi membawa angin sangat sejuk ke rantau tersebut.

Polar vorteks tersebut dilaporkan sangat kuat sehingga menyebabkan angin stratosfera terhasil, sekaligus merosakkan lapisan ozon apabila bereaksi dengan gas CFC.

Pengunaan gas CFC telah diharamkan pada 1987 selepas berlangsungnya Protokol Montreal.

Kini polar vorteks tersebut telah menjadi lemah. Ini membuatkan lapisan ozon Artik yang sebelum ini berlubang mempunyai masa untuk pulih.

Metereologis bagaimanapun menjangkakan polar vorteks akan terbentuk lagi pada masa akan datang, tetapi ia tidak akan menyebabkan kerosakan pada lapisan ozon seteruk awal bulan ini.

Lubang ozon boleh terbentuk secara semulajadi di Antartika di Kutub Selatan, terutamanya pada musim luruh (Julai hingga September), kerana stratosfera lebih sejuk pada waktu tersebut.

Lubang ozon di Artik kali ini pula disebabkan oleh polar vorteks yang kuat dan konsisten. Ini menyebabkan pengumpulan bahan kimia lebih banyak daripada biasa yang merosakkan ozon.

Saintis masih lagi belum dapat mengaitkan kewujudan polar vorteks yang luar biasa ini dengan kesan perubahan iklim.

Baca juga artikel lain yang berkaitan dengan alam sekitar:

Sumber: