Bimbang dengan perkembangan terkini di Korea Selatan dan Jerman yang merekodkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 secara tiba-tiba, cadangan agar kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Hari Raya Aidilfitri disuarakan oleh Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

Dr Jemilah Mahmood merupakan penasihat khas perdana menteri mengenai kesihatan awam. Cadangan perlaksanaan PKP ketika perayaan hari raya itu sebagai satu langkah untuk mencegah peningkatan kes COVID-19 di Malaysia.

“Sangat bimbang melihat peningkatan kes di Korea Selatan dan Jerman dan bagaimana perjumpaan berbuka puasa boleh menyebabkan maut.

“Jika kita tidak mengambil langkah untuk mencegah penyebaran (Covid-19), kita mungkin kalah daripada semua yang telah dibuat. Tuhan melarang. Mari berjaga-jaga.

“Mungkin lockdown semasa Hari Raya adalah langkah pencegahan yang baik? Mari kita laksanakannya dengan progresif, ”kata Jemilah menerusi hantaran di Twitter semalam.

Beliau turut tag akaun Twitter Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia dalam hantaran yang sama.

Baru-baru ini Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri berkata aktiviti ziarah pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Keamaatan hanya dibenarkan pada hari pertama dan terhad dalam kalangan ahli keluarga sahaja.

Jumlah maksimum yang dibenarkan dalam satu-satu masa pula dihadkan seramai 20 orang untuk memastikan wujudnya penjarakan sosial.

Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan sehingga 9 Jun.

Beliau berkata perjalanan rentas negeri pada Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tidak dibenarkan.

Bagaimanapun orang ramai masih boleh meraikannya di kalangan ahli keluarga dan jiran terdekat yang tinggal di negeri yang sama.

Baca juga artikel menarik yang lain berkaitan COVID-19 di Malaysia:

Sumber: