Di Indonesia baru-baru ini kecoh dengan maklumat kononnya ada seorang bayi baru lahir cakap telur ayam kampung rebus boleh menjadi ubat penyakit coronavirus, COVID-19.
Maklumat yang mulanya disebarkan di Facebook ini menjadi tular sehinggakan di Bolaang Mongondow Utara (Bolmut), ada sebuah kampung yang memaklumkan maklumat palsu ini melalui pembesar suara di masjid.
Menurut mesej di Facebook tersebut, ada seorang bayi baru lahir di Desa Pantuge, Kecamatan Kabaruan Kabupaten Kepulauan Talaud, Sulawesi Utara, Provinsi Sulawesi Utara cakap – dua butir telur ayam kampung yang direbus boleh menjadi ubat penyakit COVID-19.
Mesej itu mula menjadi tular sejak semalam (25 Mac). Ia berbunyi:
Mesej ini juga kemudiannya ditokok-tambah seperti ‘telur rebus tersebut kena dimakan sebelum jam 12 malam’ untuk mengelak wabak coronavirus.
Dari Facebook, ia menjadi tular ke WhatsApp sehingga mencetuskan panik di Indonesia.
Media Indonesia, Telisik melaporkan:
Husen (22) warga Kelurahan Kantalai mengaku kaget, warga kampungnya berbondong-bondong mencari telur.
“Heboh satu kampung cari telur untuk direbus, katanya mereka dapat info untuk mencegah COVID -19,” ucap Husen, Kamis (26/03/2020) dini hari.
Husen juga menyebut, telur di warung bibinya habis terjual hanya dalam waktu semalam.
“Habis 2 rak, banyak yang cari yang datang diwarungnya bibiku tadi sekitar 6 sampai 7 orang tidak hanya di kelurahanya kita tetapi juga kelurahan Kalia-lia sama Kelurahan Kancese,” tuturnya.
Tidak hanya di Kantalai, di Kelurahan Waborobo warga terbangun di tengah malam hanya karena mau memakan telur penangkal COVID-19.
“Kita ditelepon keluarga dari Sampolawa, katanya malam ini harus makan 1 butir telur,” ucap Riki (24) warga Kelurahan Waborobo.
Entah apa yang merasuki warga +62 ini, sehingga info Hoax dapat dipercaya mentah-mentah.
Apa yang lebih mengagumkan adalah apabila agensi berita Indonesia, Prima Berita melaporkan Rudy Santoso yang memula dan menyebar maklumat palsu ini merupakan penjual telur.
“Ia menyebarkan berita hoax itu untuk membuat dagangan telurnya menjadi laris terjual habis.”
‘Gunakan iman, hikmat dan akal yang sihat’
Kepala Kepolisian Sektor (Kapolsek) Kabaruan di Sumatera Utara, Ferry Padama adalah individu pertama yang mengesahkan kepada media bahawa maklumat itu palsu.
“Tidak benar. 100 peratus berita palsu. Di Desa Pantuge tak ada kejadian yang seperti dikhabarkan tersebut. Yang saya ketahui berita tersebut ada juga yang menyampaikan berasal dari Singkawang,” katanya.
Beliau juga mengingatkan masyarakat setempat supaya tidak mudah percaya dengan maklumat palsu.
“Janganlah mudah percaya dengan isu tidak jelas. Bijaklah bermedsos. Gunakan iman, hikmat dan akal sehat.”
“Ingatlah iblis pintar dan penuh daya tipu seperti singa yang mengaung-ngaung di sekeliling untuk menerkam mangsanya.”
Kes sama pernah berlaku di China
Apa yang menariknya, maklumat palsu yang hampir sama pernah disebarkan di China.
Ia bermula dengan desas-desus yang tersebar pada 5 Februari lepas kononnya ada seekor babi boleh bercakap memberitahu seorang wanita China di Guizhou – makan sembilan biji telur sebelum matahari terbit boleh membendung wabak COVID-19.
Maklumat tersebut menjadi tular di Weibo sehingga mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai yang secara tiba-tiba memborong telur di kedai.
Polis kemudiannya menahan wanita tersebut dan hakim memberi hukuman penjara 10 hari kerana menyebar maklumat palsu.
Polis memberitahu South China Morning Post bahawa wanita tersebut menyebarkan maklumat tersebut selepas membaca makan telur dapat memperkuatkan sistem imunisasi tubuh badan.