Pernah tak korang terfikir kenapa barang jenama ataupun yang ditepek label logo Supreme terus jadi mahal yang tak boleh dibawa bincang.

Terbaru, Oreo perissa Red Velvet yang diletakkan dengan cap dagang Supreme, terus mendapat bidaan yang sangat tinggi daripaa pembeli.

Gara Gara Ditepek Logo Supreme, Oreo Ini Terus Dibida Lebih Mahal Dari Myvi

Sekarang, cuba korang tengok 2 sweater ini dibuat The North Face. Dan kedua duanya menggunakan teknologi yang sama, serta material kain yang sama.

Namun yang sebelah kanan tu lebih mahal, malah jauh lebih mahal.

Beza dia USD1000 kira kira dalam RM4,300 kat sini.

Kenapa?

Ya sebab sebelah tu ada kolaborasi dengan Supreme.

Kenapa tersangat mahal harganya?

Ok sedikit sejarah tentang Supreme ni. Ianya jenama yang diasaskan oleh James Jebbia sebagai salah satu jenama untuk skaters. Ianya bermula dengan sangat humble dahulu.

Mendekati golongan remaja dan streetwear. Mesti korang tak percaya kan? Ye la, sebab Hari ini ia dah jadi jenama sangat ekslusif dikaitkan dengan artis dan jenama terkemuka.

Supreme melebarkan sayap dan banyak berkolabrasi dengan jenama lain seperti The North Face, Dover Street Market, Vans, Nike, Stone Island, Comme des Garçons dan banyak lagi la.

Ini sebab kenapa Supreme ni sangat mahal.

1. Budaya trendy

Sesuatu yang diangkat sebagai trend yang kuat dan kemudian menjadi budaya dalam sesuatu era, pasti akan menjadi sangat popular.

Ianya menjadi semakin kuat apabila ramai artis ataupun selebriti terkemuka menggunakan jenama ini.

Supreme pun naik sekali bersama sama dengan selebriti ini.

Ramai yang tak mahu ketinggalan dengan peredaran masa dan menggunakan Supreme sebagai satu simbol ego seorang pencinta fesyen.

Ada juga yang nak tunjuk status sosial dia dengan Supreme. Mahal setan.

2. Material

Kalau tidak berkualiti dari segi material, maka tak ada yang sanggup beli mahal kan? Mana ada selebriti nak bangga pakai kan?

Ramai pembeli dahulunya orang kebanyakan sangat suka dengan Supreme kerana materialnya yang 100% kain kapas.

Dan ia sangat selesa untuk aktivit seharian dan ke tempat kerja jika tempat kerja korang membenarkan pemakaian kasual.

3. Edisi terhad

Ini berkaitan dengan prinsip / hukum Supply and Demand / penawaran dan permintaan.

Apabila ada permintaan tinggi tetapi bekalan produk pula rendah maka harga akan naik mencanak la.

Ada sesetengah orang yang tak mahu melepaskan koleksi edisi terhad ini untuk dijadikan koleksi di almari mereka.

Dan mereka sanggup membayar harga yang sangat tinggi. Asalkan dapat outpriced orang lain.

4. Reselling

Ini salah satu sebab dia juga. Dahlah orang tu beli mahal benda limited edition, dilepaskannya pula untuk reselling.

Supreme banyak mengeluarkan produk seperti merchandize dan juga barangan rare untuk dimiliki pembeli.

Ada yang resell balik harga 10 kali ganda wei.

Rumusan

Selain daripada kualiti dan juga tarikan rekaannya, jenama Supreme yang kuat itu membuatkan ramai yang rasa tak rugi pun beli mahal.

Hari ini berlambak artis terkemuka yang kaya raya memakai Supreme.

Selain itu, budaya dan hype dalam generasi yang berada dalam era kegemilangan juga membawa kepada keyahudian harganya.

Supreme sudah menjadi salah satu jenama yang sangat tinggi takuknya berbanding dengan apa yang dia miliki satu ketika dahulu.

Sumber:

Gigtropper
Axello.net