Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan Kalendar Akademik baharu bagi Sesi 2022/2023. Kalendar itu akan bermula pada 21 Mac 2022 sehingga 11 dan 12 Mac 2023.
Bagi negeri-negeri dalam Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, sesi baharu akan berlangsung sehingga 11 Mac 2023. Negeri-negeri di dalam Kumpulan B pula ialah Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Murid-murid di negeri ini pula akan bersekolah sehingga 12 Mac 2023.
Sementara itu, bagi baki Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022, ia akan bermula mulai 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi Negeri Kumpulan A. Bagi negeri Kumpulan B pula akan bermula pada 3 Januari sehingga 20 Mac 2022.
Sesi persekolahan Penggal 3 ini dijadualkan semula susulan penularan wabak Covid-19. Sesi ini bertujuan untuk membantu murid-murid menguasai sukatan pelajaran yang telah tercicir ketika sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
Jadual persekolahan Penggal 3 2021/2022


Kalendar Akademik penuh bagi Sesi 2022/2023
Berikut merupakan jadual persekolahan baru bagi Sesi 2022/2023 untuk Kumpulan A dan B.


Cuti perayaan bagi Kalendar Akademik Sesi 2022/2023
Berikut pula merupakan cuti perayaan dan cuti tambahan KPM bagi jadual persekolahan sesi 2022/2023.
