Ketika rakyat Malaysia meluahkan amarah mereka terhadap masyarakat Rohingya yang disifatkan bagai ‘Belanda minta tanah’ di media sosial, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir mempunyai pandangan yang berbeza.

Menerusi catatan terkini di laman blognya chedet.cc beliau berkata janganlah kita benci kepada orang Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman.

“Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi (Kaunselor Negara Myanmar) kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.”

Tun Mahathir berkata beliau faham kenapa orang Melayu sekarang begitu bencikan orang Rohingya sedangkan pada awalnya orang Melayu sangat bersimpati dengan nasib mereka dan golongan itu memilih untuk datang ke negara ini kerana simpati yang ditunjukkan itu.

Pelarian Rohingya meminta simpati di negara lain kerana kezaliman di tanah air sendiri, Myanmar

“Tetapi apabila jumlah mereka menjadi begitu ramai dan ada kelakuan sesetengah pelarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar menjadi benci,” kata Tun M lagi.

Tun Dr Mahathir turut mengusulkan agar Malaysia meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan tegas terhadap negara Myanmar.

Beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia mendedahkan kezaliman pemimpin Myanmar kepada dunia.

Negara ini, kata Tun Mahathir, sudah berikan terlalu banyak suaka kepada pelarian dan mereka sepatutnya pergi ke negara lain dan negara lain juga perlu bersedia membuka pintu menerima mereka ini.

Baca juga artikel lain yang mungkin menarik bagi anda:

Sumber: