Pembuat helmet Bilmola mengumumkan kerjasamanya dengan Mobile Suit Gundam untuk mengeluarkan siri topi keledar motosikal khas ‘Bilmola x Gundam’.

Dalam siri ini, pengilang topi keledar Thailand tersebut membuat tiga jenis pilihan untuk pelanggannya: Gundam RX78-2, Char’s Zaku MS-06S dan Dom MS-09.

Menurut Bilmola, helmet yang direka khas untuk peminat Gundam itu turut dilengkapi oleh visor kalis calar polycarbonate. Ia diperbuat dengan termoplastik yang kalis gegaran untuk memenuhi spesifikasi keselamatan yang ditetapkan oleh Eropah (ECE R22.05) dan Amerika Syarikat(DOT, SNELL).

Helmet ini turut mempunyai empat sistem saluran pengudaraan yang dilengkapkan dengan kusyen polystyrene dan garisan dalaman udara aktif.

Setiap helmet turut didatangkan dengan dust bag dan kotak bertema Gundam.

Menurut Bilmola, setiap unit helmet ini akan mula dijual di semua pengedar sahnya di Thailand bermula 10 Jun 2020. Semua produk siri ini tidak boleh dibeli secara terus di Bilmola dan hanya boleh didapati di kedai pengedarnya sahaja.

Di Malaysia, satu-satunya pengedar sah Bilmola adalah Speed X Moto yang beralamat di Platinum Walk, No. 2, Jalan Langkawi, Setapak 53300, Kuala Lumpur.

Harga seunit helmet Bilmola X Gundam ini adalah ฿3,500 atau kira-kira RM475.

Ketiga-tiga helmet dalam siri ini merupakan keluaran edisi terhad. Setiap satu jenis hanya mempunyai 2,400 unit sahaja.

*Nota: Menurut maklumat yang kami terima daripada En. Ricky (pemilik Speed X Moto), sesiapa yang berminat untuk membeli helmet Bilmola X Gundam ini perlu menunggu terlebih dahulu kerana semua unit sudah habis ditempah di Thailand.

Ketika ini Bilmola sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan helmet siri ini untuk jualan luar negara pula, termasuk Malaysia. Jika anda berminat, anda perlu masuk dalam senarai menunggu. Untuk masuk dalam senarai menunggu, anda hanya perlu WhatsApp nama dan model helmet mana yang anda mahu beli ke 012-279 9225 (En. Ricky). Apabila stok ada, hanya yang berada dalam senarai menunggu akan dihubungi.

Baca juga artikel lain yang berkaitan: