Berdasarkan akaun Twitter Epic Games Store semalam, Grand Theft Auto V (GTA 5) akan boleh mula dimuat turun secara percuma di laman sesawang rasmi mereka bermula jam 11 malam waktu Malaysia hari ini.

Permainanan GTA 5 tersebut hanya boleh didapati di platform PC sehingga 21 Mei 2020 sahaja.

Selepas memuat turun, anda boleh main sampai lebam seperti kata Epic Games Store di Twitter mereka, “…permainan ini milik anda selamanya.” Ini bermakna GTA 5 yang bakal mereka beri secara percuma pada malam ini adalah versi penuh, bukannya versi demo atau percubaan.

Apa yang lebih menarik adalah, untuk memuat turun permainan tersebut, anda hanya perlu lakukan hanyalah mendaftar akaun di laman sesawang mereka. Dan ianya percuma.

(KLIK DI SINI) Muat turun GTA 5 (versi PC) secara percuma

Selepas 21 Mei 2020, GTA 5 ini tidak lagi menjadi percuma. Sebaliknya anda kena membeli pada harga normal.

Berita ini masih belum diumumkan di laman sesawang rasmi Epic Games Store. Tetapi ia telah diumumkan dalam satu tweet yang telah pun dipadam beberapa jam selepas menjadi tular.

Epic Games Store sebelum ini memang sudah biasa memberi permainan percuma setiap minggu. Tetapi dengan memberi GTA 5, ia jelas hadiah paling besar pernah diberi oleh Epic Games Store.

Anda mungkin merasakan semua orang yang ada PC pastinya telah membeli GTA 5. Ia tak semestinya benar kerana setiap minggu, GTA 5 merupakan antara permainan paling laris dijual di Epic Games Store.

Ini bermakna GTA 5 masih mempunyai daya tarikan untuk dijual.

Dan ini juga bermakna Epic Games Store telah membayar banyak duit kepada Rockstar Games untuk memberi permainan ini secara percuma di platform mereka.

Tentang GTA 5

GTA 5 berkisarkan tentang seorang penjenayah kecil, seorang bekas perompak bank dan seorang pembunuh yang terperangkap dalam pertalian dunia jenayah, kerajaan Amerika Syarikat dan industri hiburan.

Ketiga-tiga mereka mesti bekerjasama untuk melakukan beberapa siri jenayah berbahaya untuk kekal hidup di bandar San Andreas, di mana mereka tak boleh mempercayai sesiapa pun, apatah lagi sesama mereka.

Permainan ini dicipta pada tahun 2013 dan masih lagi popular sehingga kini sehingga menjadi permainan video kedua paling popular dalam sejarah selepas Minecraft.

Baca juga artikel kami lain yang berkaitan: