Selepas memperkenalkan kemaskini sistem operasi terbaru mereka untuk iPhone iaitu iOS 14.5, hanya empat peratus daripada pengguna iPhone di Amerika Syarikat tidak mengaktifkan App Tracking Transparency. Baki 96 peratus lagi tidak mahu jejak mereka diekori dan dipantau oleh aplikasi seperti Facebook dan Instagram.

Pada penghujung April lalu, App Tracking Transparency dilancarkan bersama sama iOS14.5 sebagai sokongan privasi terkini daripada Apple yang memerlukan aplikasi untuk meminta kebenaran pengguna terlebih dahulu sebelum memantau penggunaan mereka.

Peratusan ini adalah menurut data yang dikumpul oleh Flurry Analytics, dengan sampel seluas 2.5 juta pengguna iPhone di AS dengan iOS 14.5. Menurut mereka lagi, daripada data seramai 5.3 juta pengguna di seluruh dunia, sebanyak 12 peratus pengguna membenarkan iPhone mereka dijejaki iklan, dengan 88 peratus lagi tidak membenarkannya.

Sumber: