Google melancarkan Google Chrome 91 iaitu berita baik buat pengguna dan pelayar web di seluruh dunia. Chrome 91 dilancarkan dengan JavaScript V8 yang ditambah baik bersama-sama integrasi Sparkplug, ia dilihat mampu menawarkan pelayaran web yang lebih pantas berbanding sebelum ini.

Integrasi Sparkplug ini dilihat dapat memberikan prestasi pelayaran yang lebih 23 peratus pantas berbanding versi Google Chrome sebelum ini. Dibina oleh codebase Chromium, Chrome 91 akan dilancarkan untuk pengguna Windows 10 dan pengguna macOS dalam masa beberapa hari lagi.

Menurut laman web Stat Counter, pengguna Google Chrome pada April 2021 merangkumi 64.47 peratus daripada pengguna pelayar web lain di seluruh dunia. Safari berada di tempat kedua dengan 18.69 peratus, diikuti oleh Firefox dengan 3.59 peratus.